Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Ain buka pusat barah kedua di Haig Road

Apr 16, 2019 | 03:57 PM



PERSATUAN Ain melancarkan pusat barah keduanya di Blok 9 Haig Road pagi tadi dengan tujuan meluaskan jangkauan terhadap pesakit barah.  



Pelancaran Pusat Khidmat Sosial Serenity tersebut dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob yang juga penaung Persatuan Ain.



Pusat baru tersebut merangkumi ruang terbuka bagi membolehkan pesakit berehat sambil menikmati minuman serta snek yang disediakan serta berinteraksi dengan orang lain.



Ruang bersama itu direka supaya pesakit dapat berbual dan berkongsi cabaran yang dihadapi serta menjalinkan hubungan persahabatan dengan pesakit lain dan menyokong antara satu sama lain.



Untuk mewujudkan suasana yang menenangkan di pusat itu untuk pesakit, sebuah kolam dan ‘dinding’ air turut dibina.



Pusat barah pertama Persatuan Ain terletak di Eunos Crescent. Terdapat rancangan mengubah kawasan itu menjadi pusat jagaan kanak-kanak yang menghidap barah.



Sejak memperkenalkan Program Serenity Cancer Care pada 2010 dengan hanya sekitar 20 pesakit barah, Persatuan Ain kini membantu lebih 900 pesakit dan keluarga mereka dengan menyediakan bantuan serta sokongan kewangan, emosi, dan psikosososial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >