Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TABAH HADAPI DUGAAN

Persatuan Ain sediakan dana $90,000 bagi bantu 3 kanak-kanak hidap barah dirawat di luar negara

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



DANA baru $90,000 setahun kini diperuntuk oleh Persatuan Ain untuk membantu tiga kanak-kanak yang menghidapi barah mendapatkan rawatan di luar negara.



Di bawah Skim Menggapai Pelangi yang dilancar baru-baru ini, seorang kanak-kanak boleh menerima bantuan sehingga $30,000 untuk menampung kos yang ditanggung keluarga semasa mendapatkan rawatan tersebut.



Wang itu, antara lain, boleh digunakan untuk menampung kos penerbangan, perbelanjaan harian di luar negara serta kos kecemasan yang mereka perlukan dalam tempoh rawatan tersebut semasa di luar negara, kata badan kebajikan itu dalam kenyataannya.



Selain wang itu, Persatuan Ain juga akan memberi sokongan jika pesakit dan keluarga mengalami masalah sementara berada di luar negara.



"Pesakit pertama di bawah skim ini adalah Mohamad Aryan Haqim Mohamad Nazri, enam tahun, yang menghidapi Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG), iaitu sejenis barah otak," kata Persatuan Ain.



"Doktor telah menyarankan kepada ibu bapanya untuk Aryan mendapatkan rawatan di luar negara kerana tidak ada lagi rawatan yang sesuai untuknya di Singapura.



"Aryan telah menjalani 30 sesi radioterapi dan kemoterapi di Singapura sejak awal tahun ini. Persediaan untuk Aryan ke Amerika Syarikat sangat mencabar kerana dia perlu melalui pelbagai prosedur di tengah-tengah sekatan perjalanan dan langkah berjaga-jaga akibat Covid-19."



Ketika diwawancara Berita Harian(BH) menerusi Zoom, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, berkata antara kriteria bagi skim ini adalah penerima perlu ada penaja bagi rawatan dan perubatan di negara asing yang disarankan oleh doktor.



Penerima dana juga perlu ada penaja bagi penginapan mereka sepanjang tempoh rawatan di sana.



"Kami akan membantu dari segi pengangkutan, dan juga keperluan harian, semasa mereka menjalani rawatan ini," kata Encik Md Yusof.



Menurutnya lagi, skim itu adalah satu cara untuk mengurangkan beban yang dipikul ibu bapa semasa membuat persediaan untuk rawatan di luar negara itu.



Menambah, Encik Md Yusof berkata kes Aryan itu merupakan suatu yang istimewa kerana ia adalah kali pertama Persatuan Ain menerima permohonan bantuan sedemikian, iaitu untuk menampung kos perjalanan dan penginapan semasa mendapatkan rawatan di luar negara.



Justeru ia telah mendorong pihaknya membentuk skim baru itu, kata Encik Md Yusof.



"Kesungguhan dan kekuatan keluarga Aryan, yang berusaha untuk menulis dan bertemu dengan pakar dan doktor menerusi alam maya... membuka satu pintu baru untuk kami kerana kami tidak pernah dapat permintaan seperti ini.



"Dan apabila kami membuat tinjauan di pihak-pihak hospital, memang ada keperluan ini... dan kami sentiasa terbuka untuk apa jua perkembangan baru.



"Walaupun dalam keadaan pandemik, kes dia (Aryan) agak terdesak kerana selalunya jangka hayat seorang kanak-kanak yang menghidap DIPG ini hanya lima tahun.



"Namun usianya sudah mencecah enam tahun... semangatnya untuk hidup ini masih kuat," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >