Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Persatuan Keselamatan kutuk insiden lelaki serang pegawai keselamatan

Jul 07, 2022 | 06:28 AM



PERSATUAN Keselamatan Singapura (SAS) telah mengutuk "insiden penderaan yang mengejikan" dengan seorang pegawai keselamatan didakwa diserang oleh seorang lelaki pada petang Isnin lalu.



Dalam satu kenyataan kelmarin, SAS berkata lelaki yang dikatakan sebagai penyerang itu tidak menggunakan pelitup ketika cuba memasuki pasar raya Giant di Tampines Retail Park sekitar 10.20 malam.



Pegawai keselamatan, Encik Sures Perumal, yang bertugas di pintu masuk utama bangunan tersebut memberitahu lelaki itu supaya menggunakan pelitup ataupun membeli satu daripada Farmasi Guardian berhampiran pintu masuk jika tidak membawanya.



Lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati dan menjerit kata-kata kesat terhadap Encik Sures sebelum memasuki bangunan itu, tetapi keluar semula sejurus kemudian dan menyerang Encik Sures.



Dia mula menumbuk dan memukul Encik Sures yang tidak melawannya.



Kakitangan Giant Hypermarket dan orang ramai kemudian campur tangan sebelum lelaki itu berhenti menyerang.



Kejadian itu dirakam sepanjang empat minit. Encik Sures telah membuat laporan polis.



Jurucakap polis berkata seorang lelaki berusia 57 tahun telah ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan).



Dia juga akan disiasat atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada pegawai keselamatan secara sengaja. Pihak berkuasa sedang menyiasat.



Jurucakap itu menambah bahawa polis mengambil pandangan tegas terhadap tingkah laku kesat terhadap pegawai keselamatan yang menjalankan tugas mereka



SAS berkata Encik Sures, yang bekerja di agensi keselamatan TwinRock, mengalami lebam akibat diserang.



"SAS sangat mengutuk tindakan penderaan yang ganas dan tidak bersebab terhadap Encik Sures, yang hanya menjalankan tugasnya," kata persatuan itu.



Presiden SAS dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Raj Joshua Thomas, berkata:



"Pegawai keselamatan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan... kita mesti mempunyai sifar toleransi untuk sebarang penyalahgunaan pegawai kita."



Penalti baru bagi penderaan terhadap pegawai keselamatan berkuat kuasa pada Mei lalu, meningkatkan hukuman bagi kesalahan oleh orang yang mengganggu, menyerang atau mencederakan pegawai keselamatan.



Di bawah hukuman baru itu, mereka yang secara sengaja menyebabkan kecederaan kepada pegawai keselamatan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga $10,000.



Pegawai keselamatan digalakkan melaporkan insiden penderaan melalui aplikasi mudah alih Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) atau menghubungi polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >