Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Muhammadiyah kekal relevan penuhi keperluan semasa masyarakat lebih 60 tahun

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Muhammadiyah telah kekal relevan memenuhi keperluan semasa masyarakat sepanjang lebih 60 tahun, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau berkata demikian semalam setelah mengadakan satu lawatan ke persatuan tersebut baru-baru ini.



"Saya kagum dengan ketabahan, pandangan jauh dan keupayaan mereka untuk menyesuaikan diri selama ini.



"Inilah antara sebab mereka berjaya kekal relevan memenuhi keperluan semasa masyarakat sambil berpegang teguh kepada prinsip-prinsip pengasas mereka selama lebih 60 tahun," kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook.



Beliau memberi contoh langkah yang diambil persatuan itu untuk menyesuaikan diri apabila Covid-19 melanda, termasuk memindahkan kelas agama ke dalam talian.



Persatuan itu juga memastikan operasi di Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah bagi warga emas terus berjalan lancar, sejajar dengan langkah-langkah keselamatan.



Mereka turut memastikan khidmat lain seperti pengurusan jenazah, ibadah korban dan pengagihan zakat tidak terhambat walaupun keadaan semakin mencabar, kata Encik Masagos.



"Saya hargai keikhlasan dan kejujuran mereka semasa kami berbincang tentang cabaran masa depan.



"Kami juga bersama-sama berkongsi buah fikiran tentang bagaimana Muhammadiyah boleh mengembangkan lagi khidmat-khidmat mereka sejajar dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berubah," kata Encik Masagos.



Beliau turut memberi jaminan kepada pasukan Muhammadiyah bahawa pemerintah bersedia memberi sokongan seberapa yang boleh.



"Saya yakin masyarakat Melayu/Islam Singapura akan berkembang maju sebagai sebuah Masyarakat Gemilang apabila kita terus erat bekerjasama," kata Encik Masagos.



Dalam lawatannya ke Muhammadiyah itu, Encik Masagos telah ditemani Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East dan Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >