Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Muhammadiyah rancang perluas khidmat tidak kira bangsa dan agama

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



PADA tahun ini dan selanjutnya, Persatuan Muhammadiyah akan memajukan lagi khidmat yang ditawarkan kepada warga Islam dan warga Singapura secara am.



Antara lain, persatuan tidak meraih keuntungan yang ditubuhkan pada 1957 itu akan memperluas cakupan pengagihan bantuan ke kawasan barat dan tidak terhad kepada kawasan timur Singapura saja.



Kawasan timur menempatkan pelbagai pusat Muhammadiyah seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Bedok North Street 3 dan Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) di Eunos Crescent.



Di samping itu, mereka mahu memanfaatkan daya tenaga belia untuk melaksanakan pelbagai acara dan mendekati kelompok memerlukan secara lebih teliti.



Begitulah perancangan yang diketengahkan pemimpin generasi baru persatuan berkenaan yakni presiden Ustaz Md Azri Azman dan Setiausaha Umum Roszanah Abdul Salim.



Mereka ditemui akhbar ini ketika menjayakan acara mengedarkan habuan Musim Berkongsi dan Memberi - Tahun Baru Cina 2021 di Blok 210A Bukit Batok Street 21 semalam.



Pengagihan tersebut diserikan dengan kehadiran penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) dan Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok, Encik Murali Pillai.



"Kami ingin menampilkan nilai rahmah yang dibawa Islam. Bagi pemimpin generasi baru Muhammadiyah, kami akan memperluas usaha pimpinan generasi mantan presiden Ustaz Sheikh Hussain Sheikh Yacob.



"Kami akan mengubah cara sesuatu dilakukan tetapi nilai-nilai yang terkandung akan dikekalkan. Kami tidak akan melupakan asas yang telah dibina selama ini. Warga pimpinan dulu merupakan anugerah daripada Allah kepada kami untuk memandu usaha-usaha seterusnya.



"Saya sangat mempercayai akan keberkesanan menjalin kerjasama antara pelbagai kumpulan misalnya kumpulan penunggang motosikal dan pihak kelab masyarakat (CC)," ujar Ustaz Azri.



Cik Roszanah pula bersyukur atas peluang dan pendedahan yang Persatuan Muhammadiyah raih hasil menyertai acara tersebut.



"Kami mampu mendengar curahan hati penduduk yang memerlukan. Justeru kami mahu menjalin kerjasama lebih utuh dengan contohnya pihak CC dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



"Islam menampilkan konsep rahmatan lil alamin yang rasanya perlu dimanfaatkan bagi membantu semua tidak kira bangsa dan agama.



"Usaha melangkaui batas bangsa dan agama memang diusahakan sejak MHCC ditubuhkan pada 1997. Kami ingin meneruskannya," ujar Cik Roszanah.



Seorang penerima bantuan acara semalam ialah Cik Gaya Jantan, 81 tahun. Beliau menetap di rumah flat sewa blok itu bersama cucu berusia 22 tahun yang bekerja secara sambilan.



Setiap bulan, mereka menerima bantuan barang dapur bernilai $75 dan keperluan asas lain daripada CC.



"Terima kasih atas nasi ayam dan beg cenderahati ini. Saya berharap dapatlah bantuan tambahan lain juga kerana saya tidak bekerja," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >