Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Persatuan niaga ikrar amalan ambil kerja saksama

Jan 20, 2021 | 05:30 AM

SEBANYAK 29 persatuan perdagangan dan dewan perniagaan (TAC) telah mengikrarkan sokongan terhadap pengambilan pekerja dan amalan pekerjaan yang saksama.

Dalam satu kenyataan bersama Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) semalam, mereka menggesa syarikat anggota agar "kekal komited terhadap usaha merekrut calon yang wajar dengan adil berdasarkan merit".

Ikrar itu dipandu oleh Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pengambilan Kerja Progresif, yang menggariskan komitmen majikan bagi membangunkan 'asas pekerja Singapura yang kukuh'.

29 TAC itu mewakili syarikat berbilang negara, perniagaan setempat besar dan syarikat kecil dan sederhana (SME).

Menurut TAC, tiga prinsip asas yang dipegang ialah menggalak hubungan di tempat kerja yang positif, mengamalkan pengambilan kerja yang saksama dan menyediakan peluang perkembangan.

Berita Popular

Laporan lanjut:

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map