Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Rakyat pertingkat program 'online' bagi manfaat Generasi Merdeka

Jun 09, 2020 | 11:45 AM



PERSATUAN Rakyat (PA) semakin meningkatkan penglibatannya dengan penduduk melalui kursus gaya hidup dan kemahiran hidup melalui saluran dalam talian sejak April tahun ini.



Menerusi kenyataannya hari ini, ia mengumumkan kursus-kursus yang dipertingkat, segar dan diperkaya, yang disesuaikan dengan minat penduduk dari kalangan Generasi Merdeka. 



Untuk tahun kedua berturut-turut, PA akan melancarkan kursus dalam talian baharu mulai sekarang dan seterusnya, untuk terus melibatkan warga Generasi Merdeka.



Pengarah (Kemahiran Hidup & Gaya Hidup) PA, Encik Kia Siang Wei berkata, “Sedang kami beralih ke Fasa 1 pasca-Pemutus Rantaian Jangkitan, PA akan terus mendampingi penduduk melalui kursus dalam talian dan webinar, terutamanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang masih digalakkan tinggal di rumah. 



"Kami telah menerima maklum balas positif bagi kursus pertama yang disasarkan kepada warga Generasi Merdeka tahun lalu. 



"Sebagai topik dan trend baru muncul, program 2020 telah disesuaikan dan dikemaskini agar ia menuruti perkembangan semasa. Warga Generasi Merdeka juga akan lebih rasa tertarik kerana kursus ini mudah diikuti, hanya di hujung jari papan kekunci komputer mereka."



Untuk pelaksanaan kali kedua ini, PA bekerjasama dengan pelbagai organisasi baru untuk menyuntik pandangan dan perspektif segar kerana beberapa maklum balas daripada peserta menunjukkan mereka ingin mengikuti kursus baru seperti belajar bagaimana membuat pembayaran digital secara selamat menerusi PayNow. 



Oleh itu, rakan baru PA untuk tahun 2020 merangkumi POSB, Persatuan Perancangan Kewangan Singapura, The Afirmative People (yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan), RSVP Singapura (yang mendampingi warga emas untuk menjadi sukarelawan), SUTW Impact Consulting (bimbingan prundingan), dan CELLS Consultancy (syarikat latihan dan pengurusan) untuk program bulan Jun. 



Program Julai akan diketuai oleh pasukan Pelatih PA yang berpengalaman.



Sebagai permulaan, sebanyak 10 sesi dalam talian akan dijalankan pada 3 petang setiap hari Isnin, Rabu, dan Jumaat untuk Jun ini. 



Jadual baru untuk bulan Julai sedang dirancang, dan akan didedahkan tidak lama lagi. 



Program tahun ini akan mengemaskini perspektif merangkumi empat bidang minat utama:



• Kesihatan & Kesejahteraan - Bantu penduduk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan, agar mereka dapat terus menikmati, dan menjalani kehidupan sepenuhnya; 



• Gaya Hidup & Riadah - Menawarkan peluang untuk memperoleh kemahiran baru, kenali rakan baru, dan perkukuh ikatan dengan keluarga;



• Celik Kewangan - memberi mereka kemahiran merancang kewangan untuk meningkatkan kemudahan harian mereka, dan mempunyai ketenangan fikiran; dan



• Pembelajaran Sepanjang Hayat - Menawarkan mereka sumber, dan panduan untuk memenuhi impian dan bertemu dengan pelajar yang berfikiran serupa.



Kursus Kursus PA bagi Generasi Merdeka diperkenalkan pada Julai 2019 yang bertujuan melibatkan penduduk Singapura yang merupakan Generasi Merdeka dan Generasi Perintis. 



Dengan menawarkan kursus yang menarik bagi mereka, tujuannya adalah penduduk untuk terus aktif, membolehkan mereka menjalani gaya hidup yang meriah dan bertenaga melalui pembelajaran sepanjang hayat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >