Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan teksi, kereta sewa saran aplikasi bersepadu, mahu guna lorong bas

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



MEMBUKA lorong dan perhentian bas untuk kegunaan teksi dan kereta sewa persendirian, dan membangunkan aplikasi pengangkutan yang menawarkan penumpang pelbagai pilihan pengangkutan, termasuk perkhidmatan menaiki bas.



Ini adalah antara cadangan yang dikemukakan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) dan Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) kepada pemerintah, yang kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak awam dan pihak berkepentingan bagi pelan induk pengangkutan darat peringkat selanjutnya.



NTA dan NPHVA semalam berkata cadangan mereka "tertumpu kepada keperluan untuk melibatkan perkhidmatan menaiki kereta api sebagai sebahagian daripada rangkaian pengangkutan awam yang lancar dan disambungkan dengan baik untuk penumpang".



"MRT dan bas adalah penting bagi pembangungan rangkaian penyambungan yang baik, tetapi ia masih perlu ditambah dengan perkhidmatan perjalanan yang ada pemandu... Ini adalah lebih baik daripada mempunyai lebih banyak kenderaan privet," tambah mereka.



Persatuan itu berkata cadangan mereka untuk Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040 juga berusaha memperbaiki kehidupan dan persekitaran kerja untuk pemandu teksi dan pemandu kereta sewa swasta.



Persatuan itu mewakili gabungan 25,700 pemandu, dengan 18,000 anggota NTA dan 7,700 NPHVA.



NTA dan NPHVA berkata mereka berharap akan ada pilihan pengangkutan yang lebih fleksibel atau jarak pendek pada masa akan datang.



Ini disebabkan oleh faktor-faktor termasuk penduduk yang semakin menua, tempat kerja yang lebih tertumpu di sesuatu tempat dan pekerja bebas yang perlu berulang bergerak ke sana-sini beberapa kali dalam sehari.



Pilihan yang ada hari ini mungkin tidak mencukupi, dan mereka mencadangkan:



- Aplikasi pengangkutan bersepadu untuk membantu penumpang melakukan pilihan perjalanan terbaik untuk setiap perjalanan, meliputi semua jenis pengangkutan awam, termasuk teksi dan kereta sewa persendirian.



- Menjadikan lorong bas dan perhentian bas sebagai lorong-lorong mudah alih bagi semua mod pengangkutan awam, termasuk teksi dan kereta sewa privet.



- Membentuk peta perjalanan untuk pemandu agar mereka dikemas kini dengan perubahan teknologi baru dan dapat berkhidmat dengan baik.



- Mempercepatkan sistem penggunaan pengangkutan awam berdasarkan permintaan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dari satu tempat ke satu destinasi, yang diperlukan pada waktu perjalanan tidak sibuk, selain untuk pengguna berkeperluan khas, seperti pengguna kerusi roda.



Dalam cadangannya, NTA dan NPHVA juga menyeru agar diadakan semakan terhadap peraturan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) ke atas pengendali teksi, seperti ketersediaan teksi dan tempahan standard.



Persatuan juga mencadangkan bahawa pemandu teksi dan pemandu kereta sewa swasta dibenarkan untuk melaksanakan perkhidmatan penghantaran - yang pada masa ini tidak dibenarkan, kecuali atas dasar percubaan yang terhad dan tertakluk kepada kelulusan LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >