Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan teksi mahu rangka kerja kawal operasi perkongsian kereta privet

Oct 05, 2015 | 12:08 PM



Penasihat eksekutif Persatuan Teksi Nasional (NTA) berharap dapat diadakan satu set prosedur operasi atau rangka kerja yang mengawal cara aplikasi tempahan teksi pihak ketiga dan pemandu sewa peribadi mereka beroperasi.


Ini bagi menyamaratakan keadaan antara mereka dan pemandu teksi, kata Encik Ang Hin Kee, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, kepada akhbar The Straits Times pada Ahad (4 Okt), sebagai respons kepada pos blog post Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang mengkaji apakah pemandu sewa peribadi harus dikehendaki mendapatkan lesen memandu vokasional, tetapi Encik Ang berkata itu mungkin bukan keputusan yang akhirnya diambil pemerintah.


Sebaliknya, penyelesaian mungkin dalam bentuk "satu pakej dasar", katanya.


Beliau berkata penumpang perlu tahu apakah mereka akan dilindungi oleh insurans sekiranya berlaku kemalangan, dan harus ada ruang untuk mempertikai bayaran dan perkhidmatan tidak memuaskan.


Jumaat lepas, Encik Khaw menulis dalam blognya bahawa beliau telah menugaskan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) Ng Chee Meng mengkaji apakah pemandu sewa peribadi mempunyai kelebihan tidak adil ke atas pemandu teksi kerana mereka "tidak memerlukan lesen vokasional".


Ini selepas beliau menerima maklum balas daripada pemandu teksi bahawa "UberX tidak adil".


Kementeriannya akan "menyamaratakan keadaan" jika wajar, kata Encik Khaw.


UberX ialah perkhidmatan pemandu sewa peribadi yang boleh ditempah melalui aplikasi Uber.


Aplikasi mudah alih bagi perkhidmatan sewa peribadi seperti Uber dan GrabCar semakin popular sebagai alternatif kepada teksi konvensional.


Dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Uber berkata ia mengalu-alukan dialog berterusan dengan pemerintah, dan "Uber telah membantu beribu-ribu rakyat Singapura... menjadi usahawan pemandu menggunakan platform kami".


Pemandu Uber berkata tidak adil jika ia dikawal selia memandangkan mereka sebenarnya tidak menawarkan perkhidmatan teksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >