SETELAH membuat persembahan di Korea Selatan tahun lepas dan ke Bangkok Jun lalu, Kumpulan Dram Taiko Minds (Pergerakan Bagi Golongan Kurang Upaya Intelektual) kini bakal menunjukkan bakat mereka bergendang sekali lagi sempena ulang tahun ke-52 Singapura.
Ia merupakan kali kedua kumpulan itu menyertai sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bagi menyampaikan persembahan dram taiko. Kali pertama semasa NDP 2014.