Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GENTARASA 2018

Persembahan dimasyarakat

Jul 09, 2018 | 05:30 AM



PERSEMBAHAN muzikal Gentarasa dibawa ke lebih banyak ruang masyarakat tahun ini.



Lebih 3,000 orang berpeluang menyaksikan persembahan 90 minit itu.



Dengan tema Bersatu Menuju Kesejahteraan, persembahan tahun ini menceritakan perihal kemajuan dan impian orang Melayu yang hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama.



Gentarasa, anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra), diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin.



Orang ramai boleh mengikutinya juga di The Canopy@J-Link, sebelah Perpustakaan Daerah Jurong, pada 21 Julai dan Our Tampines Hub 28 Julai nanti.



Gentarasa 2018 menampilkan 12 babak persembahan, termasuk syair dan silat, dengan penglibatan 140 individu pelbagai bangsa.



Kelmarin, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam (barisan depan, tiga dari kanan), menghadiri persembahan di WGS.



Beliau berkata usaha mengadakan persembahan itu di lebih banyak lokasi masyarakat merupakan sesuatu yang baik.



"Ini cara yang baik di mana kita dapat mempersembahkan program kebudayaan bukan saja di tempat yang tertutup dan bertiket, malah menawarkan cara mendekati orang ramai," katanya, yang juga penasihat Mesra.



Beliau turut menyampaikan Anugerah Geran Pembelajaran Gentarasa kepada 16 penerima.



Geran tersebut boleh digunakan bagi memperjuang seni dan mengasah bakat ke tahap lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >