Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persembahan NDP 2019 rai nilai bersama, beri inspirasi kepada warga

Jul 03, 2019 | 03:14 PM



Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019 yang bertemakan ‘Singapura Kita’ menggalakkan warga Singapura untuk bekerjasama dan menjadi perintis pada masa hadapan. 



NDP tahun ini akan dipentaskan sebagai sebuah persembahan yang bersepadu untuk meraikan nilai-nilai yang telah membentuk negara kita.



Dibentangkan melalui enam babak, persembahan tahun ini menceritakan tentang komitmen dan kerjasama ‘Rakyat Kita’ dan ‘Kekuatan Kita’ untuk mempertahankan Singapura. 



Kekayaan budaya yang ada di negara ini pula dipentaskan  dalam babak ‘Sungai Kita’, di mana ramai daripada nenek moyang kami memulakan kehidupan di Singapura. 

Daya tahan dan keberanian warga Singapura pula diketengahkan dalam babak ‘Negara Kita’.



Babak yang terakahir pula menceritakan tentang anak muda pada hari ini yang akan mencapai ‘Impian Kita’ sebagai perintis pada masa hadapan.



Untuk memperingati tahun dwiabad Singapura, segmen penuh nostalgia akan diadakan, ‘Bicentennial Kita’ yang akan memaparkan ‘float’ yang mewakili organisasi yang telah memainkan peranan dalam membina Singapura sebagai suatu negara pada mulanya dan masih relevan hingga kini. 



“NDP tahun ini akan menceritakan kisah Singapura daripada dulu hingga ke sekarang, dan untuk meraikan nilai-nilai yang telah mentakrifkan Singapura warga Singapura, tidak kira generasi. 



“Melalui pertunjukkan ini, kami harap untuk memberi inspirasi kepada warga Singapura untuk berdaya tahan, penuh degan harapan dan bersatu, mengikuti jejak pendahulu. 



“Nilai-nilai inilah yang akan menunjukkan jalan kepada kami untuk menjadi perintis pada masa hadapan,” kata  Kolonel Lim Han Yong, Pengarah Komiti Pertunjukkan NDP tahun ini.



Dengan lebih daripada 2700 peserta dan persembahan Pancaragam Gabungan, kostum menarik dan pertunjukan laser, NDP tahun ini pasti menambat hati.



Gelang tangan yang akan berkelipan mengikut rentak lagu-lagu klasik Hari Kebangsaan seperti ‘One People, One Nation, One Singapore’ dan ‘Count on Me Singapore’ yang dinyanyikan penyanyi tanah-air Singapura.



Akhir sekali, NDP 2019 akan tamat dengan segmen  ‘Singapura Kita’ dengan semua peserta membaca ikrar dan menyanyi lagu kebangsaan Singapura dan, di samping pertunjukan bunga api selama empat minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >