Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Persepsi diskriminasi golongan minoriti di tempat kerja masih tinggi

Jul 31, 2019 | 05:30 AM

PERANGKAAN dalam kalangan kaum Melayu dan India yang mempunyai persepsi bahawa diri mereka didiskriminasi apabila memohon pekerjaan adalah tinggi berbanding bangsa lain.

Sekitar 51.6 peratus bangsa Melayu tahun lalu berkata mereka 'ada kalanya' atau 'sering/amat sering atau selalu' merasakan diri mereka didiskriminasi apabila memohon pekerjaan, kenaikan daripada 47.2 peratus pada 2013.

Dalam pada itu, sekitar 47 peratus kaum India mengalami isu sama. Ini berbanding dengan sekitar 12 peratus bagi kaum Cina.

Demikian menurut dapatan kajian terkini Institut Pengajian Dasar (IPS) dan OnePeople.sg mengenai keharmonian kaum dan agama yang dikeluarkan semalam.

Golongan minoriti itu juga menyatakan hampir 60 peratus Melayu dan 56 peratus India mempunyai persepsi bahawa ada unsur diskriminasi di tempat kerja.

Berita Popular

Ini merupakan kenaikan daripada 58.7 peratus Melayu dan 52.6 peratus India lima tahun lalu.

Trend sama juga dapat dilihat berhubung kenaikan pangkat.

Sedang sekitar 3 peratus bangsa Cina berkata mereka mengalami diskriminasi dalam aspek ini, sekurang-kurangnya 18 peratus bangsa Melayu dan 20 peratus India melahirkan sentimen sama.

Dalam kalangan kaum minoriti juga, lebih ramai yang melaporkan ada kalanya mengalami diskriminasi apabila proses kenaikan pangkat tahun lalu berbanding 2013.

Misalnya, 32.4 peratus Melayu melaporkan tentang hal ini pada 2018, kenaikan daripada 26.7 peratus, lima tahun lalu.

Zamil Penyelidik Kanan, Dr Mathew Mathews, berkata peningkatan ini mungkin disebabkan lebih banyak kesedaran berhubung isu ini, justeru mendorong golongan ini untuk melaporkannya.

Menurut Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), aduan berkaitan diskriminasi perkauman di tempat kerja kekal rendah dengan sekitar 5 peratus, daripada keseluruhan aduan yang diterima Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dari tahun 2014 hingga 2018.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Snef, diskriminasi, meski ia sekadar satu persepsi, boleh menimbulkan ketidakharmonian di tempat kerja jika ia tidak ditangani di peringkat awal dan sewajarnya.

"Kesemua pekerja harus merasakan mereka dilayan secara adil di tempat kerja bagi memberi mereka motivasi untuk menyumbang yang terbaik," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan, Tafep juga menggesa semua majikan agar mematuhi garis panduan Tafep selain melayan setiap pekerja secara adil.

"Majikan harus melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia yang progresif dan amalan yang membolehkan pekerja dinilai dan dibangunkan berdasarkan merit dan sumbangan mereka," katanya.

Pekerja yang mengalami diskriminasi di tempat kerja dinasihati untuk menghubungi Tafep bagi mendapatkan bantuan.


"Majikan harus melaksanakan sistem pengurusan sumber manusia yang progresif dan amalan yang membolehkan pekerja dinilai dan dibangunkan berdasarkan merit dan sumbangan mereka."
- Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep).

"Kesemua pekerja harus merasakan mereka dilayan secara adil di tempat kerja bagi memberi mereka motivasi untuk menyumbang yang terbaik."
- Persekutuan Majikan Nasional Singapura.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map