Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persepsi warga terhadap pasaran kerja kian baik

Dapatan kajian IPS turut tunjuk 3 dari 4 warga puas hati dengan cara pandemik ditangani di sini
Apr 27, 2021 | 05:30 AM



PERSEPSI terhadap pasaran pekerjaan dalam kalangan rakyat Singapura bertambah baik secara ketara pada Mac tahun ini berbanding April tahun lalu apabila negara ini memasuki tempoh pemutus litar.



Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga perempat rakyat Singapura berpuas hati dengan respons Covid-19 keseluruhan oleh pemerintah, menurut dapatan satu kajian yang dijalankan Institut Pengajian Dasar (IPS) yang dikeluarkan semalam.



Bertajuk The Covid-19 Pandemic in Singapore, One Year On: Population Attitudes and Sentiments, kajian selama sekitar setahun itu meninjau sikap dan sentimen rakyat Singapura mengenai pelbagai isu sosial dan ekonomi di tengah-tengah pandemik ini.



Ia melibatkan sekitar 11,000 responden berusia 21 tahun ke atas antara April tahun lalu dengan Mac tahun ini.



Menurut kajian itu, sekitar 42 peratus responden berpendapat pasaran pekerjaan akan kekal buruk bagi enam bulan mendatang pada Mac lalu - jauh lebih rendah berbanding sekitar 80 peratus responden yang ditinjau pada lewat Mei tahun lalu.



Sebaliknya, peratusan mereka yang percaya pasaran pekerjaan akan bertambah baik dengan stabil meningkat daripada sekitar 13 peratus pada lewat Mei tahun lalu kepada 32 peratus pada Mac lalu.



Namun begitu, peratusan mereka yang rasa yakin mereka akan tetap mempunyai pekerjaan dalam tempoh enam bulan mendatang kekal pada kira-kira 53 peratus dan tidak banyak berubah sepanjang tahun.



Mereka yang berusia 49 tahun ke bawah, yang memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan mempunyai pendapatan bulanan melebihi $5,999, dan yang bekerja dalam khidmat profesional lebih yakin mereka akan tetap mempunyai pekerjaan jika dibandingkan dengan kumpulan lain.



Sekurang-kurangnya separuh responden kajian itu juga berkata mereka kemungkinan besar akan mengikuti kursus peningkatan kemahiran atau melakukan pekerjaan dengan gaji lebih rendah jika mereka diberhentikan kerja dalam tempoh itu.



Sekitar 65 peratus responden melaporkan mereka percaya pemerintah akan dapat mewujudkan pekerjaan baru dan menyediakan peluang latihan semasa tempoh kemelesetan ekonomi ini, naik daripada 56 peratus pada lewat Mei tahun lalu.



Sekitar 60 peratus responden berkata pada Mac lalu bahawa mereka percaya pemerintah akan memastikan kebanyakan pekerjaan yang diwujudkan di sini akan diberikan kepada penduduk rakyat Singapura - satu kenaikan daripada 52 peratus pada Jun tahun lalu.



Sekurang-kurangnya tujuh daripada 10 rakyat Singapura juga percaya pemerintah serius tentang usaha membangunkan teras bakat berkemahiran tinggi rakyat Singapura yang kukuh.



Sementara itu, sebahagian besar responden gembira dengan cara pemerintah menangani Covid-19, dengan sekitar 90 peratus responden berpuas hati dengan prestasi pemerintah dalam memastikan sistem penjagaan kesihatan terus beroperasi manakala kira-kira 70 peratus berpuas hati dengan usaha pemerintah dalam melindungi pekerjaan.



Para responden secara umumnya juga positif tentang cara pemerintah membantu golongan yang mudah terjejas semasa pandemik ini, dengan sikap positif terhadap pengurusan pekerja asing bergaji rendah semakin meningkat sepanjang setahun lalu.



Namun, sekurang-kurangnya tiga daripada lima responden berpendapat pemerintah harus lebih berusaha dalam membantu rakyat Singapura menangani kos kehidupan mereka.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >