Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perses akan semak keputusan Astaf dan dapatkan nasihat guaman

Dec 04, 2022 | 01:42 PM



PERSEKUTUAN Sepak Takraw Singapura (Perses) sedang menyemak keputusan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkaitan perbicaraan disiplin terhadap presidennya, Mohd Nasri Haron, dan sedang mendapatkan nasihat guaman berkaitan perkara tersebut.



Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Perses hari ini (4 Disember), Mohd Nasri akan meneruskan operasinya seperti biasa.



Kenyataan itu menekankan bahawa Perses kekal satu-satunya Persekutuan Nasional / Persatuan Sukan Nasional bagi sepak takraw di negara ini dan ini tidak akan berubah.



“Kami rujuk kenyataan media yang dikeluarkan Astaf pada 3 Disember lalu.



“Perses sedang menyemak keputusan itu dan sedang mendapatkan nasihat guaman berkaitan perkara tersebut.



“Perses, serta presidennya kini, Encik Mohd Nasri Haron, akan meneruskan operasinya tanpa perubahan,” kata kenyataan yang ditandatangai Setiausaha Agung Perses, Zahid Abdul Aziz.



Semalam Astaf dalam kenyataan medianya berkata Mohd Nasri Haron, telah digantung selama 10 tahun di peringkat setempat dan antarabangsa oleh badan Asia sukan tersebut, bermula 30 November lalu.



Beliau juga diarah membayar semula Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) sebanyak AS$15,000 ($20,300) bagi membiayai kos persidangan jawatankuasa disiplin antarabangsa itu, dan sekiranya gagal, tambahan dua tahun atas penggantungan itu akan dikenakan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >