Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persetujuan bersejarah lindungi lautan dicapai setelah rundingan 15 tahun

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



NEGARA sedunia telah mencapai persetujuan bersejarah untuk melindungi lautan di dunia setelah rundingan lebih 15 tahun.



Perjanjian Laut Tinggi meletakkan 30 peratus daripada laut ke dalam kawasan terlindung menjelang 2030 dan bertujuan melindungi dan memulihkan sekitaran semula jadi marin.



Persetujuan itu dicapai pada petang Sabtu, selepas 38 jam perbincangan, di ibu pejabat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, pada Persidangan Antara Pemerintah mengenai Kepelbagaian Biologi Marin bagi Kawasan Melangkaui Bidang Kuasa Negara (BBNJ).



Persidangan itu dipengerusikan Cik Rena Lee, Duta Besar Singapura bagi Lautan dan Undang-undang Isu Laut yang juga Duta Khas Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Singapura telah mempengerusikan rundingan Perjanjian itu sejak September 2018.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Mac, MFA berkata Perjanjian BBNJ merupakan kemuncak perbincangan yang bermula pada 2004 di bawah naungan PBB untuk meningkatkan rejim undang-undang antarabangsa mengenai pemuliharaan dan penggunaan mampan kepelbagaian biologi di lautan di luar zon ekonomi eksklusif dan benua negara.



Perjanjian itu adalah di bawah Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS).



Perjanjian BBNJ meliputi akses kepada dan penggunaan sumber genetik marin; penggunaan langkah pemuliharaan dan penggunaan mampan dan menjalankan penilaian kesan alam sekitar di kawasan maritim di luar bidang kuasa negara; serta pembinaan kapasiti dan pemindahan teknologi marin.



Menurut kenyataan MFA itu lagi, satu aspek inovatif Perjanjian BBNJ melibatkan komitmen negara maju untuk menyediakan tambahan 50 peratus daripada sumbangan kewangan tahunan mereka di bawah Perjanjian itu untuk membiayai projek pembinaan kapasiti yang akan membantu negara membangun memulihara dan menggunakan biodiversiti marin secara mampan, serta melaksanakan perjanjian tersebut.



Ia juga memerlukan negara-negara berkongsi manfaat daripada penggunaan sumber genetik marin termasuk memudahkan akses kepada sampel dan data daripada kajian saintifik terhadap makhluk marin di kawasan di luar bidang kuasa negara kepada penyelidik dari kedua-dua negara maju dan membangun.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata perjanjian baru ini memberikan dorongan yang tepat dalam usaha melindungi kawasan global yang dikongsi bersama.



"Lautan adalah sangat penting bagi negara kepulauan seperti kita.



"Saya gembira melihat rakyat Singapura menyumbang dan memimpin dalam arena ini.



"Ini adalah satu langkah ke hadapan bagi planet kita dan bagi semua yang berkongsi tempat tinggal ini bersama," ujar Encik Lee yang turut mengucapkan tahniah kepada Cik Lee dan semua anggota delegasi yang telah bekerja keras untuk mencapai matlamat ini.



Jurucakap MFA berkata:



"Singapura mengalu-alukan keputusan Perjanjian BBNJ yang berjaya dan tepat pada masanya, yang dibuat sejurus selepas ulang tahun ke-40 penerimaan UNCLOS pada 1982.



"Kejayaan proses Persidangan Antara Pemerintah BBNJ menegaskan kepentingan dan kerelevanan UNCLOS dan kerjasama pelbagai hala, serta kepentingan PBB dalam mewujudkan dan menegakkan perintah antarabangsa berasaskan peraturan.



"Singapura menantikan penerimaan sejagat dan pelaksanaan berkesan Perjanjian BBNJ."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >