"BARU-BARU ini kita disentak dengan berita tentang dua anak muda Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana meradikalkan diri. Mereka meradikalkan diri menerusi laman Internet.
Kita lihat sahaja baru-baru ini bagaimana remaja dalam lingkungan umur yang sangat muda boleh terpengaruh dengan maklumat yang diterima di alam siber lalu meradikalisasikan dirinya. Dengan usia yang begitu muda, mereka sudah berfikiran untuk pergi berjihad dan berazam mencederakan atau membunuh orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri.