Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan awal beli barangan dapur buat jualan

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



CIK Noorin Abdul Rahman, pemilik perniagaan dari rumah N Homemade Confections berasa agak kecewa selepas kedai-kedai menjual barangan membuat kek dan kuih kehabisan stok di pelbagai cawangan tahun lalu.



Bagi memastikan ia tidak berulang, Cik Noorin, memutuskan untuk membuat persiapan awal tahun ini.



Barangan dapur seperti balang kuih, tepung dan juga mentega sudah pun ditempah berdasarkan permintaan yang diterima tahun lalu.



Malah, sejak membuka tempahan awal Mac tahun ini, beliau telah menerima hampir 100 botol pesanan untuk pelbagai kuih muih yang ditawarkannya.



Ini termasuk kuih tat, tat nutella, kuih makmur, kuih layang-layang dan sos rojak.



Ketika diwawancara Berita Harian, Cik Noorin menjelaskan penting baginya melakukan rancangan awal kerana perlu mengimbangi masa untuk membakar kuih serta bekerja sepenuh masa.



"Saya sebenarnya sudah mula membuat perancangan untuk kakitangan yang saya perlukan, peralatan serta produk dan bahan-bahan yang saya perlukan sejak December 2020.



"Selain itu, saya juga memikirkan strategi memasarkan kuih-muih yang saya akan menawarkan.



"Dari pengalaman tahun lalu dengan barangan yang tidak mencukupi, saya mempelajari bahawa saya perlu mendapatkan barangan-barangan yang saya perlukan lebih awal lagi," jelas pakar pameran/acara dan pemasaran itu.



Tahun lalu, Cik Noorin terpaksa beratur dan menunggu di salah satu cawangan Phoon Huat selama hampir empat jam untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.



Bagi mengelakkan perkara yang serupa berulang, ibu dua orang anak itu berusaha menjalin hubungan baik dengan vendornya.



"Hubungan ini dapat membantu saya mendapatkan produk dengan lebih cepat dan mendapat kemas kini terkini mengenai stok bahan-bahan yang saya perlukan.



"Meskipun barangan-barangan ini masih ada di pasaran, vendor memaklumkan untuk mendapatkannya terlebih dahulu untuk elakkan kehabisan stok menjelang musim perayaan," jelasnya.



Dengan adanya beraneka kuih muih yang ditawarkan, Cik Noorin berharap, kuih-kuihnya dapat membawa keceriaan dan kegembiraan Hari Raya bagi pelanggannya.



"Hari Raya sudah tentu tidak sama jika tidak ada kuih. Tidak kira yang moden ataupun yang tradisional. Saya berharap keadaan akan pulih secepat mungkin dengan vaksin kini di berikan kepada orang ramai.



"Namun, kami masih harus berjaga-jaga kerana semua orang memainkan peranan penting menangani pandemik ini, terutama semasa musim perayaan kelak," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >