Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan bazar kian rancak jelang Ramadan

Kebanyakan gerai sudah disewa; badan Melayu/Islam giat lakar program khas Ramadan
Apr 14, 2019 | 05:30 AM



PERSIAPAN bagi bazar serata negara kian rancak dengan Ramadan yang bakal menjelang sekitar tiga minggu lagi.



Beberapa penganjur dan pengendali bazar utama di sini, termasuk di Geylang Serai, Woodlands dan Our Tampines Hub (OTH), yang dihubungi Berita Minggu (BM) menyatakan mereka menyaksikan kadar sewa gerai yang baik tahun ini.



Sementara itu, masjid dan pertubuhan Melayu/Islam setempat juga dalam fasa persiapan terakhir dengan usaha menarik sukarelawan, mempromosi program dan mendekati masyarakat, giat dijalankan.



Misalnya, Bazar Raya Utara 2019 di Woodlands dan Bazar Hari Raya 2019 di OTH melaporkan sebahagian besar gerai mereka telah disewakan sejauh ini.



Sehingga 85 peratus gerai di Bazar Raya Utara, yang mempunyai sekitar 100 gerai dan dikendalikan MegaXpress International, telah disewakan.



Bagi bazar di OTH pula, lebih 80 peratus daripada sekitar 60 gerai makanan dan minuman (F&B) dan runcitnya sudahpun disewa.



Malah, hanya tinggal gerai runcit sahaja yang boleh disewa.



Pengarah Kanan OTH, Encik Suhaimi Rafdi, berkata akan terdapat pengalaman kebudayaan unik, seperti tema Timur Tengah, dan unsur makanan serta hiburan menarik dalam bazar pihaknya tahun ini demi memenuhi keperluan pengunjung.



"Di tengah-tengah persiapan dan sambutan Hari Raya setiap tahun, masyarakat kekal sebagai nadinya. Ia tentang masyarakat yang berkumpul dan mengeratkan hubungan bersama.



"Kepercayaan inilah yang telah membolehkan kami memenangi anugerah Bazar Hari Raya Paling Gempak (Happening) dua tahun lalu," katanya.



Di Geylang Serai pula, iaitu nadi masyarakat Melayu/Islam, sekitar separuh gerai bazar telah disewakan, kata jurucakap Wisma Geylang Serai (WGS).



Jumlah keseluruhan gerai, bagaimanapun, belum ditetapkan, tambah jurucakap itu, memandangkan "pengendali masih menentukan ruang yang diperuntukkan dan keperluan gerai".



Bazar itu, yang diselaraskan WGS tahun ini, akan mempunyai antara 500 dengan 700 gerai.



Lampu dan perhiasan Hari Raya di Geylang Serai juga sudah siap dipasang, dengan penyalaan lampu dan pembukaan rasmi bazar akan diadakan pada 3 Mei nanti.



BM dalam satu laporan pada 29 Mac lalu juga melaporkan bahawa 95 peratus gerai bazar Ramadan kendalian Acara, anak syarikat Aisar Aqid Consultancy & Services, di kawasan Masjid Sultan tahun ini telah disewakan.



Bazar itu, yang dinamakan Ramadan Sultan Bazaar, akan mempunyai lebih 35 gerai.



Dalam usaha menangani kos sewa gerai yang tinggi sejak beberapa tahun lalu, beberapa bazar di sini telah memperkenalkan langkah mengawal kos sewa gerai supaya ia dapat dimampui peniaga.



Bazar Raya Geylang Serai mengehadkan kos sewa gerai kepada $14,000 manakala Bazar Raya Utara 2019 di Woodlands mengenakan had kos sewa $12,000.



Bazar Hari Raya 2019 di OTH pula menawarkan kadar sewa tetap sebanyak $5,500 bagi gerai makanan dan minuman (F&B) dan $2,748.40 bagi gerai runcit.



Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin dan Masjid Al-Amin, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, berkata pihaknya dalam peringkat terakhir persiapan menjelang Ramadan.



"Atur cara harus disiapkan awal, bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Misalnya, menentukan siapakah imam dan muazin bagi sepanjang Ramadan.



"Ini memandangkan setiap tahun, jumlah jemaah memang meningkat pada Ramadan, jadi perlu pastikan persiapan dibuat dengan baik," ujarnya.



Dalam menarik sukarelawan, Encik Muhammad Khairul Jameel berkata selain menggembleng tenaga yang ada, kededua masjid juga bekerjasama dengan kumpulan atau badan lain.



"Disebabkan pelbagai program diadakan semasa Ramadan, kami memang perlukan ramai sukarelawan.



"Jadi, kami sudah pun menguar-uarkan hal ini kepada sukarelawan yang ada agar terus menyumbang semasa Ramadan dan menggalak pelajar remaja madrasah mingguan supaya sumbang tenaga.



"Pada masa sama, kami bekerja rapat dengan kumpulan lain kerana sedar keupayaan masjid yang terbatas," terangnya.



Persiapan juga berjalan licin di Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), menyusuli pelancaran program utamanya, Roda-Roda Ramadan, bulan lalu.



Penolong Pengurus 4PM, Cik Fadillah Razali, berkata ia sudah menerima sekitar 300 sukarelawan bagi mengendalikan program itu, dengan sebahagian besar adalah belia yang pernah menyumbang tenaga dalam kegiatan 4PM lain.



LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >