Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan Go-Jek tembusi pasaran S’pura kian merancak

Oct 10, 2018 | 07:30 PM



 





Firma aplikasi (app) pengangkutan dari Indonesia Go-Jek, telah mendapatkan kerjasama enam firma kereta sewa untuk membekal kenderaan dan pemandu, sebahagian persiapannya menjelang pelancaran khidmatnya di Singapura bulan depan.



Difahami, pesaing syarikat Grab - yang pelaburnya termasuk firma pelaburan negara Temasek dan gergasi Internet Google - ini,  akan berbuat demikian secara sendirian, menurut laporan The Straits Times.



Sebelum ini, Go-Jek, yang berpangkalan di Jakarta itu telah berunding dengan syarikat khidmat teksi utama ComfortDelGro, dengan tujuan untuk bekerjasama.



Menurut sumber industri, enam syarikat sewa kereta telah diundang oleh Go-Jek untuk mendapatkan pemandu sewa-privet dan membekalkan kenderaan kepada pemandu yang tidak berkenderaan sendiri.



Ekoran klausa tanpa-pengecualian bagi sektor sewa-privet yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pertandingan dan Pengguna Singapura (CCCS), Go-Jek kini bebas menghubungi sekitar 70,000 pemandu yang dianggarkan menggunakan aplikasi (app) Grab.



Go-Jek tidak dapati dihubungi untuk mengulas, tetapi sumber yang dekat dengan syarikat itu berkata ia dijangka menawarkan ‘pemanis’ untuk menarik pemandu dan pelanggan menggunakan app Go-Jek.



Syarikat sewa kereta yang bekerjasama dengan Go-Jek enggan mengulas dan berkata mereka diikat perjanjian supaya tidak mendedahkan sebarang butiran.



Go-Jek dimulakan pada 2010 oleh warga Indonesia Nadiem Makarim, yang seperti pengasas bersama Grab Encik Anthony Tan dan Cik Tan Hooi Ling, menuntut di Sekolah Perniagaan Harvard.



Pemerhati industri berkata Go-Jek telah menunggu masa sesuai untuk mengorak langkah menembusi pasaran Singapura, selepas keputusan CCCS tentang pemerolehan operasi Uber di Asia Tenggara oleh Grab baru-baru ini.



CCCS, bulan lalu, memutuskan bahawa pemerolehan Uber yang dilakukan oleh Grab melanggar undang-undang persaingan dan mengenakan sama sejumlah $13 juta ke atas Grab dan Uber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >