Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persiapan sambut Ramadan, Raya mula diatur

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



KEMERIAHAN orang ramai yang membuat persiapan menyambut Ramadan, walaupun sederhana, tetap terasa dalam tempoh suasana menangani wabak Covid-19.



Tinjauan hujung minggu sepanjang cuti Good Friday lalu menunjukkan orang ramai sudah mula ke pasar untuk membeli barangan keperluan dan stok makanan untuk persiapan Ramadan.



Jumlah pengunjung yang datang juga lebih ramai berbanding sebelum ini, kata penjual sayur, Encik Mustafa Ali, di Tampines.



Bagi suri rumah, Cik Aminah Rosli, 48 tahun, persiapan Ramadan kali ini seperti biasa.



Katanya: "Setiap kali menjelang Ramadan juga, sudah pasti ramai yang menanti bazar dibuka. Kini masih tiada bazar tetapi masih ada pasar. Kita masih sambut Ramadan dalam suasana yang berbeza.''



Cik Zainab Mohamad, 41 tahun, berkata, tiada persiapan khusus yang dibuat untuk menyambut Ramadan pada tahun ini dan ia sama seperti tahun terdahulu.



Bagi Encik Samsul Bahri Ahmad, 55 tahun, walaupun Ramadan kali ini masih dengan aturan Covid-19 - memakai pelitup, menyemak suhu badan, menggunakan gel pembersih serta menghadkan pelanggan untuk satu jangka masa kekal menjadi norma.



Dengan hanya seminggu menuju Ramadan dan ramai sudah bermula untuk melakukan persiapan menyambut Hari Raya tahun ini.



Daripada membuat tempahan pakaian sedondon bersama keluarga kepada melakukan tempahan untuk kuih kegemaran mereka, beberapa individu yang dihubungi oleh Berita Harian berkata mereka ghairah untuk terus mengekalkan tradisi Lebaran.



Dengan terdapat lebih kelonggaran bagi sekatan koronavirus di Singapura, mereka menambah bahawa mereka berharap dapat teruskan dengan sambutan perayaan ini dengan skala yang lebih kecil tahun ini.



Antara mereka yang sudah mula melakukan persiapan adalah Cik Sarah Nurhannah Mustaffa Qamal.



Katanya, beliau dan ibunya selalunya memakai pakaian sedondon semasa perayaan Hari Raya dan tahun ini tidak terkecuali.



Seperti tahun-tahun yang lain, Cik Sarah, 17 tahun berkata beliau telah ke Arab Street bersama ibunya baru-baru ini dan menghantarnya kepada tukang jahit untuk memastikan pakaiannya siap sebelum Hari Raya.



Selain daripada mendapatkan pakaian, ramai juga telah menempah kuih-muih sempena perayaan ini.



Menurut Cik Nur Afifah Mohamed Rahim, kebanyakan kuih raya kini sudah mula untuk membuka pesanan awal untuk kuih-muih mereka.



Tidak ingin ketinggalan untuk mendapatkan kuih kegemarannya, Pakar Bahasa itu berkata telah memutuskan untuk melakukan pesanan kuih lebih awal.



"Saya memang biasa mendapatkan kuih raya saya dalam talian ataupun daripada HBB (perniagaan dari rumah).



"Baru-baru ini saya menempah kuih meringue, yang saya pernah beli sebelum ini. Memang sedap sangat jadi tahun ini sudah tentu saya dapatkannya lagi.



"Apabila saya melihat ramai antara mereka mula untuk membuka pesanan awal, saya pun mula untuk melakukan tempahan sebelum terlambat," kata Cik Afifah, yang berusia 29 tahun.



Namun persiapan ini bukan hanya untuk pelanggan tetapi juga bagi perniagaan yang menawarkan kuih-kuih yang beraneka.



Cik Haliza Hassan, pemilik HBB Liza's Delight, berkata beliau telah mula mengambil pesanan sejak pertengahan Mac tahun ini.



"Selain itu, saya juga perlu memastikan bahan-bahan yang saya ada secukupnya. Saya harus melakukan persiapan yang awal kerana takut bahan-bahan habis bila tiba masanya untuk menyediakan kuih-kuih ini," jelas Cik Haliza yang mempunyai lebih daripada 100 pesanan botol kuih tat daripada pesanan awalnya.



Bagi peniaga musiman, Encik Faizal Rahim, berkata:



"Jangan terlalu negatif, janganlah marah apabila tiada bazar dan janganlah berputus asa kerana niaga online masih ada.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >