Pertahanan Digital diperkenal sebagai teras keenam Pertahanan Mutlak

SINGAPURA akan memperkenalkan Pertahanan Digital sebagai teras keenam dalam rangka kerja pertahanan negara, Pertahanan Mutlak. 

Teras baru itu memberi tekanan terhadap ancaman serangan siber dan maklumat palsu serta pentingnya menjaga keselamatan siber. 

Ini merupakan kali pertama teras baru diperkenalkan kepada rangka kerja tersebut sejak ia dilancarkan 35 tahun lalu. 

Dalam mesej Hari Pertahanan Mutlak tahunannya hari ini, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menekankan bahawa ancaman keselamatan siber dan maklumat palsu berbahaya untuk Singapura, dan turut menggesa orang ramai untuk berjaga-jaga.

“Ancaman keselamatan boleh berbentuk fizikal seperti ancaman pengganasan atau boleh juga berlaku melalui dunia siber, dan ia masih berupaya untuk merosakkan. 

“Malware (perisian hasad) boleh melumpuhkan sistem kita. Berita palsu boleh menyebabkan rusuhan kaum dan memecahbelahkan masyarakat kita,” tambah Dr Ng dalam mesejnya, yang dimuatnaik ke Facebook. 

Waktu Solat

Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.