Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Pertahanan Mutlak penting atasi koronavirus: Chun Sing

Feb 15, 2020 | 03:30 PM

PENGAJARAN yang disampaikan menerusi pertahanan mutlak adalah lebih penting pada masa ini sedang Singapura menangani penularan koronavirus di sini, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, pada Sabtu (15 Feb).

Berucap di acara Hari Pertahanan Mutlak di The Float @ Marina Bay, Encik Chan berkata:

“Pertahanan kita yang paling kukuh sebagai sebuah negara ialah pertahanan bersama, di mana setiap rakyat berperanan.

“Penularan Covid-19 di sini telah menguji kita sejak beberapa minggu lalu. Kita telah bertindak dengan agak baik untuk menentang musuh yang tidak diketahui setakat ini, tetapi tentunya masih ada ruang untuk mempertingkat kelakonan, dan supaya kita tidak menjadi cuai.”

Hari Pertahanan Mutlak menandakan hari Singapura jatuh kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua pada 1942. Ia diperingati setiap tahun sebagai peringatan kepada warga Singapura bahawa mereka perlu mempertahankan negara mereka. 

Enam benteng Pertahanan Mutlak adalah pertahanan ketenteraan, pertahanan awam, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan psikologi dan pertahanan digital, yang ditambah tahun lalu.

Encik Chan menekankan bahawa warga Singapura perlu mengamalkan pertahanan digital. 

Katanya, beberapa gambar dan video yang dikongsi berulang-kali di dalam talian boleh mencetus keadan panik seperti yang berlaku minggu lalu, apabila ratusan orang beratur di pasar raya  untuk membeli barang keperluan asas.

Ia berlaku selepas pemerintah menaikkan satu tahap sistem penilaian risiko penularan koronavirus itu.

“Kepalsuan dan khabar angin perlu ditentang bersama,” kata Encik Chan.

“Disiplin untuk memeriksa sumber maklumat adalah tugas kededua individu dan secara berkumpulan dan adalah tanggungjawab bersama.”

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian