Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertambahan usahawan sosial tingkat harapan hurai masalah masyarakat: SM Tharman

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



KEUSAHAWANAN sosial semakin bertapak di Singapura, meningkatkan harapan ia akan menyelesaikan beberapa masalah masyarakat yang skopnya terlalu terhad untuk menarik pelaburan swasta.



Bagaimanapun, sokongan peringkat awal daripada masyarakat perniagaan arus utama boleh membantu mengurangkan risiko pelaburan dalam usaha yang mempunyai kesedaran sosial ini, serta menarik lebih ramai pelabur dan akhirnya menghasilkan impak sosial yang lebih besar.



Berucap di persidangan pelaburan impak Pusat Perusahaan Sosial Singapura (raisE), yang dianjurkan buat julung kalinya pada 30 Mac lalu, Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, berkata beliau percaya pelabur yang mempunyai keupayaan menyerap risiko yang lebih besar, seperti yayasan dermawan dan usaha perniagaan seperti pejabat keluarga, boleh tampil untuk mengurangkan risiko pelaburan dan menarik lebih banyak modal swasta dalam perusahaan sosial.



"Semua ini boleh dilakukan; ia memerlukan pemangkin dan kepimpinan. Ia memerlukan orang ramai melihat kejayaan di peringkat masyarakat, kerana kejayaan melahirkan lebih banyak kejayaan," katanya.



Beliau seterusnya menekankan bahawa kesihatan ekonomi sesebuah negara dan kesihatan sosial rakyatnya bergantung pada satu sama lain.



"Lebih banyak perniagaan kini menyedari bahawa mereka kurang berkemungkinan untuk berjaya dalam jangka panjang jika mereka menipu masa depan kolektif kita.



"Kita perlu kian melihat pada misi perniagaan dan objektif dasar ekonomi kita sebagai tertumpu kepada kesihatan sosial, dan menyedari bahawa kita tidak akan berjaya dalam agenda sosial kita tanpa ekonomi yang cergas," kata Encik Tharman.



Usaha sosial tidak sama dengan pertubuhan dermawan atau badan amal.



Ia pada dasarnya adalah perniagaan meraih keuntungan yang dikhususkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sekumpulan orang yang tidak mendapat perkhidmatan atau kurang mendapat perkhidmatan.



Dengan berbuat demikian, mereka menyasarkan untuk mewujudkan perubahan yang berkekalan atau bersifat transformasi dalam norma masyarakat dan perniagaan.



raisE mentakrifkan perusahaan sosial (SE) sebagai entiti perniagaan yang ditubuhkan dengan matlamat sosial yang jelas, niat pengurusan dan sumber yang diperuntukkan untuk memenuhi objektif sosial mereka serta memberi huraian perniagaan untuk menangani keperluan dan jurang sosial yang tidak dipenuhi dan baru muncul.



raisE ditubuhkan pada 2015 sebagai sebuah inisiatif bersama awam-swasta untuk meningkatkan kesedaran tentang keusahawanan sosial dan meningkatkan sokongan untuk perusahaan sosial di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >