Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertandingan boxing Elite Amateur Series kembali tahun ini

Sep 06, 2019 | 08:49 PM



THE Ring Fighting Championship (TRFC) telah mengumumkan pada hari Jumaat (6 September) bahawa edisi ketiga Elite Amateur Series akan kembali  tahun ini.



TRFC akan menampilkan 4 perlawaan profesional dan 14 perlawanan amatur melibatkan petinju tempatan dan antarabangsa termasuk dari Perancis, Indonesia, Filipina, Taiwan, Malaysia, Thailand, dan juga pasukan Tinju Kebangsaan Brunei yang akan membuat penampilan pertama mereka.



Tujuan Elite Amateur Series TRFC adalah untuk membina adegan tinju amatur tempatan, dan dengan penyertaan pasukan kebangsaan dari negara asing yang terkenal, ia akan memberikan peluang kepada pasukan tinju Singapura untuk bersaing pitinju lain yang terbaik dalam sukan ini.



Pengurus Besar TRFC Dzulfady Jaffar mengatakan bahawa pertandingan ini akan menyediakan tinju amatur tempatan “dengan platform bertaraf sedunia untuk bersaing dengan beberapa amatur terbaik di seluruh rantau ini."



Beberapa petinju Amatur Kebangsaan Singapura juga akan bersaing di acara itu, termasuk Danisha Mathi dan Muhamad Hafiz, yang telah mewakili negara Singapura dalam pelbagai kejohanan tinju Antarabangsa serta di rantau ini.



Acara itu juga akan mempersembahkan petinju professional setempat yang belum pernah dikalahkan, Hamzah Farouk. Rekod beliau itu akan dicabar apabila beliau akan bersaing dengan Juara Nasional Indonesia dan Veteran Tinju, Ricky Manufoe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >