Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertanyaan mengenai keganasan keluarga meningkat

Nov 24, 2020 | 05:30 AM



TERDAPAT peningkatan 25 peratus dalam purata bulanan bilangan pertanyaan ke Khidmat Perlindungan Orang Dewasa dan Kanak-Kanak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam tempoh empat bulan selepas pemutus rantaian jangkitan (CB) berbanding semasa CB sepanjang April dan Mei lalu.



Peningkatan dalam pertanyaan itu sebahagiannya disebabkan oleh orang ramai lebih berwaspada dalam melaporkan kemungkinan kejadian keganasan keluarga, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dalam ucapannya di Persidangan Maya Sistem Rangkaian Keganasan Keluarga Nasional semalam.



Sekitar 500 pakar dan pengamal setempat dari sektor seperti khidmat sosial, masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang menyertai persidangan tersebut untuk membincangkan pendekatan kerjasama bagi perlindungan keluarga.



Membawa tema 'Perlindungan Keluarga: Di Sebalik dan Di Luar Krisis', peserta persidangan itu berkongsi tentang pendekatan kreatif untuk terus berkhidmat kepada keluarga yang terjejas oleh keganasan semasa Covid-19, dan membincangkan bagaimana usaha berkaitan keganasan keluarga boleh berkembang dalam dunia pasca pandemik.



Cik Sun berkata warga Singapura daripada setiap latar belakang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa CB, dan ini mungkin menyebabkan tekanan yang boleh membawa kepada ketegangan dan kejadian keganasan.



"Memandangkan perkembangan ini, MSF telah mempertingkatkan usaha jangkauan kami terutama sekali semasa CB, kerana adalah penting untuk mengurangkan ketegangan di peringkat awal supaya ia tidak merebak menjadi keganasan," kata Cik Sun.



Ini termasuk bekerjasama dengan rapat bersama rakan kongsi dan menjalankan sesi latihan dengan kakitangan dan relawan pertubuhan keagamaan serta akar umbi untuk membantu mereka mengenal pasti dan campur tangan secara berkesan apabila mereka mengesan keganasan keluarga.



"Hasilnya, lebih ramai orang melaporkan awal apabila mereka mengesan kejadian, dan keluarga serta pelaku tampil lebih awal untuk mendapatkan dan menerima bantuan," kata Cik Sun.



Semalam, beliau turut mengumumkan yang MSF akan bekerjasama dengan Unity Pharmacy untuk mengesan tanda serta simptom keganasan keluarga, dan sesi latihan bagi 46 ahli farmasi akan diadakan hari ini.



Kementerian itu sebelum ini telah bekerjasama dengan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Gereja Presbyterian di Singapura dan The Body Shop dalam kempen mengatasi keganasan keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >