Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertapis anjur acara lumba secara maya, kumpul dana bantu golongan susah

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



KEKAL sihat sambil beramal.



Buat julung-julung kalinya, Pertapis menganjurkan acara perlumbaan secara maya yang bertujuan menggalak orang ramai agar aktif menikmati gaya hidup sihat di tengah-tengah pandemik Covid-19 sambil beramal bagi membantu golongan susah.



Dinamakan Race for Impact 2022, peserta boleh memilih untuk melakukan sama ada aktiviti berjalan kaki, berlari atau berbasikal dan jarak yang mereka berjaya rakamkan akan dijadikan nilai sumbangan kepada para penerima bantuan Pertapis.



Dana yang dikumpul bakal disalurkan kepada empat Rumah Kebajikan Pertapis - Rumah Kanak-Kanak Pertapis; Pusat bagi Wanita dan Budak Perempuan Pertapis; Rumah Warga Tua Pertapis dan Rumah Peralihan Pertapis.



Ia juga akan menyokong sekitar 500 keluarga berpendapatan rendah di bawah Skim Bantuan Kebajikan Pertapis.



Pertapis meletakkan sasaran 52,000 kilometer bagi acara pengumpulan dana ini.



Di laman rasminya, Pertapis berkata:



"Ketahuilah bahawa walaupun kita mungkin tidak berlari secara fizikal bersama, kita semua sedang menuju ke arah matlamat yang sama."



Untuk mengambil bahagian, peserta harus mendaftar di laman web raceforimpact.sg.



Mereka kemudian harus merakam jarak ketika berjalan kaki, berlari atau berbasikal dengan menggunakan mana-mana aplikasi pengesan jejak kercergasaan.



Di akhir penyertaan mereka, peserta harus menyerahkan jarak keseluruhan mereka di laman web yang sama.



Pendaftaran untuk menyertai perlumbaan ini berharga $52 dan bermula sejak 1 Januari lalu hingga 17 Jun ini.



Peserta akan juga diberikan pelindung matahari, beg tali cerut dan sijil elektronik bagi penyertaan mereka.



Peserta diberikan masa sehingga 30 Jun ini untuk menyelesaikan perlumbaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >