Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertapis dipimpin presiden baru, lantik CEO

Oct 09, 2023 | 10:02 AM



Pertapis kini dipimpin presiden baru, Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin, yang mengambil alih jawatan itu sehingga 2025 daripada Encik Hussaini Abdullah.

Encik Mohamed Shaharin sebelum ini menyandang jawatan setiausaha agung Pertapis. Sebelum ini, beliau turut menyandang jawatan naib presiden syarikat Credit Suisse Singapore.

Pertapis juga mempunyai lembaga pengarah baru yang terdiri daripada naib presiden, Encik Muhammad Danial Fadzlon; setiausaha agung, Encik Fazil Abdul Hamid; setiausaha kewangan, Encik Fathuddin Abdul Hamid; penolong setiausaha kewangan, Raja Fuad Raja Rom; dan lima ahli jawatankuasa eksekutif – Encik Abu Bakar Farid, Ustazah Nur Hani Nasir, Dr Suraya Zainul Abidin, Encik Mohammad Radhi Ibrahim dan Encik Mohammad Iskandar Naim Salim.

Persatuan itu juga kini diterajui ketua pegawai eksekutif (CEO), Encik Firdaus D’Cruz, sejak 11 September 2023.

Difahamkan ini pertama kali Pertapis mempunyai seorang CEO.

Barisan presiden dan anggota lembaga pengarah baru Pertapis disenaraikan dalam laman web mereka.

Persatuan itu telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada 23 September lalu.

Mengulas tentang pelantikan barunya sebagai presiden Pertapis, Encik Mohamed Shaharin berkata:

“Peralihan lembaga ini diperlukan untuk Pertapis kekal relevan dengan keperluan dan jangkaan semasa sesebuah persatuan. Bagi pihak ahli, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan ahli yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka atas kerja dan dedikasi mereka selama ini.

“Tanpa yang lama, tidak akan ada yang baru. Ahli baru dan saya juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan kakitangan kami dan ketua pegawai eksekutif yang baru dilantik dalam matlamat kami untuk berkhidmat kepada masyarakat.”

Encik Hussaini, yang telah berkhidmat sebagai presiden Pertapis selama 14 tahun sejak 2009, berkata beliau bersyukur kerana diberi kepercayaan, sokongan dan keyakinan oleh kepimpinan Pertapis sehingga pengundurannya pada 23 September 2023.

“Saya terharu kerana sepanjang tempoh ini, kami, yang merangkumi anggota lembaga pengarah, kakitangan, ahli dan sukarelawan Pertapis, saling bekerja rapat dan mencapai kata sepakat untuk sama-sama memajukan lagi Pertapis.

“Sepanjang tempoh sebagai presiden, saya memastikan kewibawaan dan nama baik Pertapis bukan hanya dipelihara, malah diperkasa,” jelas beliau.

Menurut Encik Hussaini lagi, beliau turut memastikan peranan dan kebertanggungjawaban Pertapis diperkukuh, serta harapan dan amanah yang disandarkan masyarakat dan pemerintah kepada mereka dalam menjaga golongan rentan, kurang upaya dan memerlukan dilakukan dengan sebaiknya.

“Saya mengharapkan rakyat Singapura umumnya dan masyarakat Melayu/Islam khususnya terus memberi sokongan padu kepada Pertapis.

“Saya melahirkan keyakinan mendalam bahawa Pertapis di bawah kepimpinan Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin selaku presiden dan Encik Firdaus D’Cruz sebagai CEO, akan memacu Pertapis ke tahap lebih tinggi,” kata Encik Hussaini.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >