Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertapis lancar Pelan Kembali ke Sekolah TAJ

Dec 02, 2021 | 05:30 AM



KANAK-KANAK di bawah jagaan benefisiari Tabung Amal Jariah (TAJ) Pertapis kini boleh bersenyum lebar dengan alat sekolah baru pada tahun akademik Januari depan.



Satu inisiatif baru yang dipanggil, Pelan Kembali ke Sekolah TAJ, atau TAJ Back-to-School Plan, telah dilancarkan Pertapis kelmarin.



Inisiatif tersebut bertujuan memberi lebih bantuan kepada 500 benefisiari badan itu, dengan setiap benefisiari menerima wang tunai $200 untuk meringankan beban perbelanjaan persediaan tahun sekolah baru anak-anak mereka.



Secara keseluruhan, sebanyak $100,000 diagihkan bagi usaha ini.



Para benefisiari juga akan menerima barangan seperti beg sekolah untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka.



Inisiatif itu telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pertapis yang baru dilantik menyusuli Mesyuarat Agung Tahunan ke-51 badan itu pada 30 Oktober lalu.



Pertapis, dalam kenyataannya, mendedahkan bahawa seramai 1,035 kanak-kanak berada dalam jagaan 500 benefisiarinya.



Daripada jumlah itu, 47 peratus atau 486 kanak-kanak adalah mereka di bawah 12 tahun.



Lebih separuh, atau 272 benefisiari TAJ menjaga sekurang-kurangnya dua kanak-kanak yang masih bersekolah, manakala 11 peratus, atau 53 benefisiari, menjaga cucu mereka yang bersekolah.



Sebelum ini, bantuan kepada benefisiari TAJ diberikan dalam bentuk habuan makanan bulanan dan barangan yang diderma seperti pakaian.



Sejak 1985, bilangan benefisiari TAJ telah meningkat daripada 30 kepada sekitar 500 hari ini.



Presiden Pertapis Encik Hussaini Abdullah melancarkan inisiatif itu di luar pejabat Pertapis, yang terletak di tingkat empat Joo Chiat Complex, pagi kelmarin.



Bercakap kepada media, beliau berkata:



"Apa yang ingin kami lakukan dalam pelancaran harian hari ini adalah supaya kami dapat membantu penerima-penerima habuan kami, dengan memperkasakan kehidupan anak-anak mereka yang sekarang berada di sekolah.



"Dengan adanya program TAJ Back-to-School Plan ini, kami berharap mereka dapat memberi keutamaan kepada pembelajaran anak-anak mereka."



Selain bantuan wang, Pertapis juga menjalankan usaha Tuisyen TAJ untuk membantu kanak-kanak ini secara akadamik.



Sejak 2015, sekitar 200 kanak-kanak telah meraih manfaat daripada Tuisyen TAJ, dengan beberapa daripada mereka mendapat anugerah bagi pencapaian baik mereka, kata Pertapis dalam kenyataannya.



Tahun ini, 44 kanak-kanak menyertai Tuisyen Taj. Daripada jumlah itu, seramai 21 daripada 26 pelajar sekolah rendah dan 17 daripada 18 pelajar sekolah menengah lulus peperiksaan mereka.



Pertapis menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan Khidmat Masyarakat Pertapis (PCS) untuk untuk merancakkan aktivitinya dan melanjutkan kelas madrasahnya sepanjang hari dan minggu untuk memenuhi permintaan masyarakat.



PCS juga akan memainkan peranan lebih besar menerusi Unit Kaunseling dan Penjagaan Pertapis (PCCU).



Unit ini akan meluaskan perkhidmatannya kepada orang awam yang memerlukan bimbingan dan bantuan.



Pertapis berkata ia akan menubuhkan sebuah pusat 'walk-in' yang mudah diakses dan berfungsi sepenuh masa, memandangkan terdapat kenaikan bilangan belia yang mempunyai isu kesihatan mental, salah laku, kecenderungan membunuh diri, dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >