SETIAP Jumaat, Cik Norseyah Iman Shah, 61 tahun akan menaiki kerusi rodanya untuk ke kelas agama di ibu pejabat Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), di Joo Chiat Complex.
Sabtu lalu, ibu empat anak dengan 12 cucu itu telah ke pusat beli belah itu untuk menerima pula habuan barangan makanan bernilai hampir $100, wang tunai sejumlah $50 seorang serta jamuan makanan.