MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dan Timbalan Menteri Pertahanan Brunei, Dato Abdul Aziz, mengesahkan lagi usaha kerjasama pertahanan yang kukuh antara Singapura dengan Brunei, yang juga merupakan tunggak penting dalam hubungan dua hala.
Ini dikongsi Dr Maliki yang baru sahaja tamat rangka lawatan rasminya ke Brunei dari 16 Mei sehingga semalam dalam akaun Facebooknya.