Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertemuan SG-China dialu, hubungan terjalin lama terus diperkukuh

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar dan Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, menjadi tuan rumah kepada Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPCID), Encik Liu Jianchao, yang berada di Singapura bagi lawatan kerja semalam dan hari ini.



Encik Liu bersarapan dengan Dr Maliki dan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Dalam pertemuan itu, Dr Maliki mengucapkan tahniah kepada Encik Liu atas pelantikannya baru-baru ini sebagai Menteri CPCID, dan mengalu-alukan lawatannya ke Singapura, yang merupakan yang pertama dalam jawatan barunya itu.



Dr Maliki dan Encik Liu mengesahkan hubungan cemerlang yang sudah terjalin lama antara Singapura dengan China.



Mereka turut menyatakan bahawa kedua-dua negara telah mengekalkan interaksi peringkat tinggi di tengah-tengah pandemik Covid-19, termasuk melalui lawatan dua hala, persidangan video dan mesyuarat dalam forum pelbagai hala, serta mengalu-alukan peningkatan dalam pertemuan secara fizikal antara kedua-dua pihak pada masa depan.



Dr Maliki dan Encik Liu turut bersetuju bahawa terdapat banyak bidang dengan Singapura dan China boleh terus bekerjasama dan belajar daripada satu sama lain.



Mereka juga membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.



Encik Liu akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >