Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KES PENDERAAN II

Pertengkaran ibu bapa bawa kesan buruk kepada anak-anak

Dec 23, 2018 | 05:30 AM



NATASHA seorang yang pemalu apabila kali pertama dia dibawa ke Pave pada Mac 2014 oleh ibunya, Siti, seorang suri rumah yang tidak tahan lagi dengan keganasan yang berlaku di rumah.



Siti telah mendapatkan Perintah Perlindungan Peribadi (PPO) terhadap suaminya, Imran.



Natasha, anak sulung, sembilan tahun mempunyai dua orang adik, Amir, tujuh tahun dan Aishah, empat tahun.



Siti dan Imran telah pun berkahwin selama 10 tahun.



Imran memegang dua pekerjaan - jurutera pada sebelah pagi dan pemandu teksi pada sebelah malam.



Siti pula seorang suri rumah dan pada hujung minggu menawarkan khidmat mekap dan andaman.



Semasa sesi kaunseling di Pave, Natasha memberitahu kaunselor pada awalnya, ibu bapanya jarang bergaduh dan banyak menghabiskan masa dengannya dan Amir.



Tetapi semuanya berubah apabila Aishah lahir pada 2002.



Imran dan Siti mula berpekik-pekikan antara satu sama lain dan sering bergaduh tentang duit.



Hubungan antara Imran dan Siti mula terjejas dan mereka mula melemparkan kata-kata kesat antara satu sama lain.



Imran kemudian mula menjadi ganas.



Natasha menceritakan bagaimana bapanya sering menumbuk, menendang dan mencekik ibunya.



Kejadian sebegini sering menakutkan anak-anaknya.



Ada kalanya Natasha akan membawa adik-adiknya masuk ke bilik dan mengalihkan pandangan mereka dengan permainan atau muzik.



Kejadian paling teruk berlaku beberapa bulan sebelum Natasha datang ke Pave.



Ibu bapanya bergaduh tentang duit sehingga menolak Siti ke dinding, mencekik dan menendangnya berulang kali.



Siti terpekik dan anak-anaknya mula menangis sambil merayu agar bapa mereka berhenti memukul.



Natasha berasa takut untuk ibu dan adik- beradiknya sehinggakan dia terfikir jika ibunya akan mati pada hari itu.



Meski sedang diserang, Siti menyuruh Natasha menelefon polis.



Pada mulanya Natasha tidak tahu sama ada kanak-kanak boleh menghubungi polis ataupun tidak.



Namun apabila Imran tidak berhenti menumbuk dan mencekik ibunya, Natasha memberanikan diri untuk menghubungi polis.



"Bapa saya sedang memukul ibu saya dan dia tidak berhenti," katanya.



Natasha amat terkesan dengan insiden ganas yang berlaku di rumahnya terutama selepas polis datang ke rumah mereka.



Dia berasa malu dengan jiran tetangga dan saudara-mara yang tahu tentang apa yang berlaku di rumahnya.



Dan semua ini menjejas Natasha yang mula sukar menumpukan perhatian di sekolah.



Apabila kaunselor di Pave bertanyakan kepadanya apa yang membuatnya paling takut, dia berkata dia amat bimbang ibunya akan mati.



Dia juga takut seorang ahli keluarga akan mengalami cedera parah atau mati.



Pada pagi Imran ganas di rumah, beliau akan memandu dengan laju apabila menghantar Natasha dan Amir ke sekolah dan ini membuat Natasha takut dia mungkin mati dalam kemalangan jalan raya.



Dia juga bimbang ibu bapanya akan berpisah.



Ekoran apa yang terjadi, anak kecil ini sering berasa sedih, bimbang dan khuatir.



Ia seakan dia perlu memikul segalanya meskipun usianya baru sembilan tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >