Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertingkat daya tahan dan kemahiran bagi ekon masa depan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



Satu semakan yang bertujuan mengkaji bagaimana untuk menyokong pelbagai keperluan dan aspirasi pelajar serta lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah mendapatkan  pandangan daripada lebih 2,000 pihak berkepentingan. Mereka yang termasuk pelajar, alumni, ibu bapa, pendidik dan majikan itu menyumbang pendapat kepada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, menerusi pelbagai sesi perbincangan fizikal dan di dalam talian. Semalam, Dr Maliki mengumumkan enam saranan yang telah dikemukakan hasil semakan tersebut. BERITA HARIAN melaporkan reaksi beberapa pihak berkepentingan terhadap saranan yang dikemukakan itu.



DENGAN teknologi yang berkembang pesat, permintaan yang berubah-ubah daripada industri dan pengguna serta pelbagai gangguan dalam landskap dunia sekarang, bimbingan kerjaya dan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar harus diperluas..



Ini bagi membangunkan kemahiran yang relevan dan diperlukan industri, ujar Pengurus Kaunseling Peneraju Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan di Politeknik Republic, Cik Noormala Atan.



Tambahnya, tumpuan harus diberi bukan sahaja pada pelbagai kemahiran yang boleh diraih pelajar tetapi juga apakah kemahiran itu dan sama ada ia diperlukan industri yang mereka sertai.



Selain itu, Cik Noormala berkata kaunselor Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan (ECG) juga perlu memainkan peranan mengenal pasti jurang kemahiran dan menasihatkan pelajar sewajarnya.



"Persaingan wujud bukan sahaja dalam Singapura tetapi dari luar negara juga.



"Oleh itu, pelajar harus sedar apakah kemahiran baru yang diperlukan, di manakah peluang pekerjaan, bagaimana untuk melakar strategi dan apa yang perlu ditumpukan.



"ECG juga harus berkembang untuk membantu menghubungkan pelajar dengan sekitaran mereka, mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka serta memahami peranan baru," katanya.



Oleh itu, beliau berbesar hati dengan saranan yang dikemukakan hasil Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali, yang antara lain termasuk mempertingkat bimbingan kerjaya bagi pelajar selepas mereka tamat pengajian untuk memberi mereka nasihat tentang pekerjaan dan peluang meningkatkan diri yang sesuai dengan kekuatan serta minat mereka.



"Saya berbesar hati akan ada lebih banyak peluang untuk mendekati pelajar... supaya mereka lulus bukan sahaja dengan kemahiran teknikal untuk memenuhi keperluan industri tetapi juga berupaya menyesuaikan diri dengan baik dalam sekitaran yang berbeza.



"Itulah lulusan yang kami harap kami dapat hasilkan," ujar Cik Noormala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >