Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertingkat diri di penjara, bina hidup baru

Penerima Anugerah Emas NYAA juga pemegang diploma dan ikuti kursus sarjana muda
Dec 16, 2020 | 05:30 AM



KERANA pentingkan kawan, Adam terjebak dalam kumpulan samseng ketika usianya masih 15 tahun lagi.



Kawan-kawannya itu dapat memberikan "keseronokan" yang dicari ketika itu, namun disebabkan pergaulan salah itu jugalah kehidupan Adam menuju ke arah yang kurang elok.



Kini berusia 27 tahun, anak muda itu, yang nama sebenarnya tidak boleh didedahkan, menghabiskan hari-harinya di penjara, malah sudah dua tahun dia berada di sana kerana terlibat dalam aktiviti haram berkaitan kumpulan samseng.



Hukuman tersebut ternyata membuka matanya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan insan berguna bagi masyarakat.



"Saya nak perbaiki diri saya, saya nak masa depan yang lebih cerah menerusi pendidikan," katanya ketika ditemui di Institusi Tanah Merah 1, semalam.



Ternyata, bukan kata-kata kosong yang keluar daripada mulutnya itu.



Adam bukan sahaja berjaya meraih Diploma dalam Pengurusan Rantaian Bekalan dari Politeknik Ngee Ann (NP) dengan gred purata mata (GPA) sebanyak 3.6, dia juga sedang meneruskan pengajiannya demi menggenggam Sarjana Muda dalam Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).



Kedua-duanya dapat dilakukan melalui program yang ditawarkan di Sekolah Penjara.



Lebih dari itu, Adam juga mengambil bahagian dalam Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) dan berjaya menerima Anugerah Emas.



Dia merupakan antara 80 banduan yang menerima Anugerah Emas tahun ini, jumlah terbesar dalam sejarah NYAA sepanjang 20 tahun kerjasama dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).



Secara keseluruhan, 131 banduan telah berjaya menyelesaikan program NYAA tahun ini.



Berkongsi lebih lanjut tentang tekadnya untuk berubah, Adam berkata:



"Saya nak dapatkan yang terbaik daripada situasi saya kini, rugi kalau saya tak gunakan masa saya untuk pendidikan."



Dia dahulunya merupakan pelajar Ekspres, tetapi dek tidak mengendahkan pelajarannya, gagal peperiksaan GCE Peringkat 'O' dan meneruskan pendidikan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula.



Pensijilan Higher Nitec-nya juga tidak cukup bagus untuk membolehkannya pergi ke politeknik, kata Adam.



"Selepas NS (Perkhidmatan Negara), makin teruk dan teruk lagi, saya terlibat dalam aktiviti haram sampailah saya dipenjarakan," kongsinya.



Kisah Adam telah disebut Presiden Halimah Yacob sebagai contoh baik seseorang yang telah meraih manfaat daripada perjalanan pemerkasaan melalui NYAA.



"Adam menyertai program MYAA ini untuk mendapatkan kemahiran baru dan memenuhi cita-citanya meninggalkan penjara sebagai insan yang lebih baik daripada dahulu apabila dia masuk ke sini.



"Kepada Adam dan setiap daripada anda yang telah memulakan perjalanan NYAA ini, anda boleh berasa bangga kerana berusaha untuk berubah," ujar Puan Halimah dalam ucapannya sebagai tetamu terhormat semasa acara penyampaian anugerah tersebut, semalam.



Beliau turut disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Dahulunya dibuka kepada banduan berusia antara 16 dengan 25 tahun, NYAA kini meningkatkan had usianya, membolehkan banduan sehingga usia 30 tahun turut serta juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >