Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertingkat gaji, kemahiran asatizah antara saranan Cofa

Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) kemuka 10 saranan pertingkat sektor asatizah
Feb 25, 2020 | 05:30 AM



GOLONGAN asatizah dijangka boleh menikmati pendapatan yang lebih baik, selaras dengan kemahiran mereka yang dipertingkat, apabila saranan sebuah jawatankusasa supaya panduan gaji umum bagi golongan itu dilaksanakan.



Terdapat juga saranan membangunkan program pengurusan bakat supaya pemimpin masa depan dapat dikenal pasti dan dibimbing bagi mengisi jawatan kepimpinan institusi keagamaan yang penting.



Demikian antara 10 saranan di bawah tiga teras utama yang diusulkan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa), yang bertujuan membangunkan golongan asatizah supaya mereka boleh memainkan peranan sebagai pemimpin agama, karyawan dan contoh teladan bagi masyarakat Muslim Singapura.



Membentangkan laporan jawatankuasa itu semasa berucap di Masjid Yusof Ishak semalam, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, berkata masyarakat telah berganding bahu menyuarakan impian dan aspirasi asatizah dengan memberikan cadangan yang akan membina asatizah masa depan.



"Saya yakin asatizah masa depan kita mampu menjana keyakinan, kecemerlangan dan rahmah dalam masyarakat Islam Singapura.



"Dengan kepimpinan dan bimbingan asatizah, masyarakat kita akan dapat terus berpegang teguh pada prinsip Islam dan dapat menyesuaikan diri dengan konteks yang berubah, serta menjadi contoh dan inspirasi di dalam suasana berbilang bangsa dan agama di Singapura," kata Dr Maliki yang juga Pengerusi Cofa.



Jawatankuasa itu ditubuhkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Mac tahun lalu dengan matlamat memperkasakan lagi kepimpinan keagamaan di Singapura.



Sejak dibentuk, jawatankuasa 15 anggota itu telah mendekati lebih 1,900 pihak berkepentingan melalui lima wadah - perbincangan kumpulan fokus (FGD) dan perbincangan meja bundar; penglibatan dalam talian; tinjauan awam, sesi Town Hall dan temu bual.



Laporan Cofa membentangkan saranan menyeluruh yang menyentuh tiga teras utama dalam pembangunan sektor asatizah.



Ini termasuk peningkatan tahap profesionalisme para asatizah, memperkasa institusi keagamaan dan membimbing graduan keagamaan.



Mengulas tentang saranan gaji asatizah, seorang anggota Cofa, Ustaz Pasuni Maulan berkata masyarakat mengharapkan asatizah supaya membimbing masyarakat dan sedang tanggungjawab asatizah semakin berat.



"Mereka (asatizah) wajar diberikan ganjaran yang sesuai dengan keadaan hidup sekarang," kata Ustaz Pasuni ketika ditemui semalam.



Ustaz Dr Mohamed Ali, yang juga anggota Cofa berkata isu gaji asatizah merupakan antara topik yang hangat diperbincangkan semasa jawatankuasa itu mengadakan sesi-sesi perbincangan.



"Kita lihat setiap tahun ramai lulusan agama menyertai pasaran kerja namun peluang yang ada dalam sektor keagamaan adalah terhad.



"Kami berharap dengan adanya saranan Cofa, asatizah boleh meningkatkan kemahiran supaya mereka juga boleh menjadi calon yang menarik bagi majikan dalam bidang lain," kata beliau ketika ditemui.



Seorang lagi anggota Cofa, Ustaz Mohd Kamal Mokhtar berkata saranan yang dikemukakan antara lain bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme asatizah.



Laporan dan saranan Cofa telah diserahkan kepada Encik Masagos dan telah diterima pemerintah.



Dalam kiriman di Facebook semalam, Encik Masagos berkata beliau telah menerima saranan tersebut bagi pihak pemerintah dan melahirkan penghargaan kepada anggota jawatankuasa itu.



Encik Masagos menambah:



"Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan bekerjasama dengan Cofa dan sektor asatizah untuk melaksanakan saranan tersebut supaya asatizah boleh terus memainkan peranan sebagai pemimpin, karyawan dan contoh teladan bagi umat Islam dalam masyarakat komtemporari yang berbilang budaya."




"Kita lihat setiap tahun ramai lulusan agama menyertai pasaran kerja namun peluang yang ada dalam sektor keagamaan adalah terhad. Kami berharap dengan adanya saranan Cofa, asatizah boleh meningkatkan kemahiran supaya mereka juga boleh menjadi calon yang menarik bagi majikan dalam bidang lain."
- Anggota Jawatankuasa Asatizah Masa Depan, Ustaz Dr Mohamed Ali



"Masyarakat mengharapkan asatizah supaya membimbing masyarakat dan sedang tanggungjawab asatizah semakin berat. Mereka (asatizah) wajar diberikan ganjaran yang sesuai dengan keadaan hidup sekarang."
- Anggota Jawatankuasa Asatizah Masa Depan, Ustaz Pasuni Maulan



"Saya yakin asatizah masa depan kita mampu menjana keyakinan, kecemerlangan dan rahmah dalam masyarakat Islam Singapura. Dengan kepimpinan dan bimbingan asatizah, masyarakat kita akan dapat terus berpegang teguh pada prinsip Islam dan dapat menyesuaikan diri dengan konteks yang berubah, serta menjadi contoh dan inspirasi di dalam suasana berbilang bangsa dan agama di Singapura."
- Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Asatizah Masa Depan, Dr Mohd Maliki Osman







Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >