Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

PERBINCANGAN TENTANG PEMBANGUNAN WANITA

Pertingkat status wanita perlu sokongan lelaki

Jan 17, 2021 | 05:30 AM

PENGLIBATAN kaum Adam dalam perbincangan berkenaan kesaksamaan jantina adalah sangat penting dan perlu kerana isu tersebut melibatkan perubahan asas seluruh masyarakat.

"Saya rasa amat penting bagi kaum lelaki turut terlibat kerana kami membincangkan perubahan asas, kesedaran kolektif secara keseluruhan, rasa hormat dan kesetaraan terhadap jantina yang ingin disemai dalam kesedaran masyarakat kita.

"Dan jika kita mahu wanita memainkan peranan yang lebih besar, ini memerlukan sokongan golongan lelaki juga, orang lelaki mesti turut terlibat sama," kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan media semasa acara Perbincangan tentang Pembangunan Wanita anjuran Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) semalam.

Acara tersebut diadakan secara dalam talian melalui wadah Zoom, dengan 15 daripada jumlah keseluruhan 38 peserta, atau hampir 40 peratus, merupakan kaum lelaki.

Berita Popular

Para peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk membincangkan tiga soalan utama - apakah harapan anda bagi wanita Singapura sekarang dan pada masa hadapan; apa yang menghalang daripada mencapai aspirasi ini; dan bagaimanan individu, masyarakat dan pemerintah dapat bekerjasama untuk menangani isu-isu ini.

Perbincangan itu tidak dibuka kepada media, namun beberapa perkara hasil daripada perbincangan tersebut telah dikongsi.

Rata-rata para peserta setuju bahawa perubahan penting dimulakan dari rumah.

Seorang peserta lelaki berkongsi bahawa dengan adanya teladan yang boleh dicontohi dari rumah, ia akan membuka ruang untuk perubahan berlaku bagi generasi-generasi akan datang.

"Misalnya, jika saya melihat bapa saya masak dan bersihkan rumah, dan bukan hanya ibu saya sahaja (yang melakukannya), ia menetapkan cara bagaimana saya akan berkelakuan dengan anak-anak saya, dan ini kemudian menetapkan cara bagaimana mereka akan berkelakuan dengan generasi selanjutnya dan selanjutnya," kata beliau.

Para peserta turut menimbulkan kepentingan kaum Adam terlibat sama dalam perbincangan mengenai pembangunan wanita kerana lelaki berada dalam kedudukan di mana mereka berkuasa mengubah naratif isu kesaksamaan jantina ini, bahkan kadang kala, golongan lelaki lah yang merupakan faktor penghambat utama bagi wanita dalam mencapai perkembangan tertentu, sama ada secara profesional atau di rumah.

Sementara itu, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xuelin yang turut hadir dalam sesi perbincangan semalam, berkata perlu ada kerjasama untuk memastikan anak-anak kita sedar akan isu-isu berkaitan kesaksamaan jantina dari sejak mereka kecil lagi.

"Kita harus bekerjasama rapat dengan keluarga untuk memastikan bahawa anak-anak kita belajar menghargai kesaksamaan peranan ibu bapa dan pentingnya tidak berpegang pada stereotaip jantina dalam hal penjagaan anak.

"Saya percaya kami semua berfikiran serupa dalam harapan untuk memupuk pemikiran dan sikap positif terhadap kesaksamaan peranan dalam sesebuah keluarga dari sejak kanak-kanak kecil lagi," ulas Cik Sun.

Beliau turut gembira lebih ramai lelaki melibatkan diri dalam perbincangan seperti yang diadakan semalam.

"Pandangan dan saranan anda penting kerana aspirasi wanita Singapura dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya apabila ia merupakan komitmen keseluruhan masyarakat Singapura," katanya.


PERANAN KAUM LELAKI

"Saya rasa amat penting bagi kaum lelaki turut terlibat kerana kami membincangkan perubahan asas, kesedaran kolektif secara keseluruhan, rasa hormat dan kesetaraan terhadap jantina yang ingin disemai dalam kesedaran masyarakat kita. Dan jika kita mahu wanita memainkan peranan yang lebih besar, ini memerlukan sokongan golongan lelaki juga, orang lelaki mesti turut terlibat sama.''
– Encik K. Shanmugam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri.

PERANAN KELUARGA

"Kita harus bekerjasama rapat dengan keluarga untuk memastikan bahawa anak-anak kita belajar menghargai kesaksamaan peranan ibu bapa dan pentingnya tidak berpegang pada stereotaip jantina dalam hal penjagaan anak. "Saya percaya kami semua berfikiran serupa dalam harapan untuk memupuk pemikiran dan sikap positif terhadap kesaksamaan peranan dalam sesebuah keluarga dari sejak kanak-kanak kecil lagi."
– Cik Sun Xuelin Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map