Pertubuhan mesti anggap mereka sedang hadapi serangan siber: Pengerusi COI SingHealth, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pertubuhan mesti anggap mereka sedang hadapi serangan siber: Pengerusi COI SingHealth

Dec 01, 2018 | 05:30 AM

PERTUBUHAN mesti menganggap bahawa mereka sedang menghadapi serangan siber, dengan melengkapi diri mereka dengan langkah keselamatan dalam talian, daripada hanya membentuk pertahanan siber dan menjangka serangan akan berlaku.

Ini ditekankan Encik Richard Magnus, Pengerusi Jawatankuasa Siasatan (COI) yang menyiasat mengenai serangan siber ke atas SingHealth pada Jun lalu.

"Pertubuhan perlu mempunyai pemikiran bahawa mereka sudah menghadapi serangan.

"Mereka tidak harus hanya melaksanakan strategi pertahanan proaktif tetapi melengkapi diri mereka dengan sistem dan huraian keselamatan yang membolehkan mereka mengenal pasti dan memberi respons kepada serangan siber lebih awal,'' ujar Encik Magnus, mantan Ketua Hakim Daerah, dalam kenyataan untuk menutup 20 sesi perbicaraan yang diadakan melibatkan 37 saksi, lapor The Straits Times (ST) semalam.

COI itu bertujuan menentukan sebab berlakunya serangan siber paling buruk di Singapura yang menjejas SingHealth sehingga berjaya mencuri butiran peribadi kira-kira 1.5 juta pesakit - dengan 160,000 daripadanya, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan beberapa menteri lain, turut dicuri rekod perubatan mereka.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Encik Magnus menambah, pihak pengurusan kanan juga harus bertanggungjawab terhadap keputusan dan dasar berkaitan dengan risiko keselamatan siber.

Ini, tambahnya, meliputi langkah melakar struktur pertubuhan yang dapat digembleng bagi sesuatu matlamat serta melaksanakan amalan yang dapat menangani risiko dan keprihatinan mereka.

Dalam perbicaraan yang dijalankan selama beberapa minggu, saksi mendedahkan bahawa penggodam yang mahir menggunakan alat canggih bagi menggodam Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu (IHis), yang merupakan agensi teknologi maklumat (IT) pusat bagi sektor keselamatan siber.

Memberi kenyataan penutup bagi pihak Pejabat Peguam Negara (AGC), Pendakwa Raya Kwek Mean Luck pula menggariskan 16 saranan yang COI perolehi sepanjang perbicaraan itu.

Daripada jumlah itu, lima dianggap mesti diberi tumpuan.

Ia termasuk membaiki proses respons apabila berlaku kejadian serangan siber, membaiki sensitiviti kakitangan terhadap keselamatan siber dan melaksanakan pemeriksaan yang dipertingkatkan.

Encik Kwek menambah, semua pihak yang terlibat dengan serangan itu untuk melaksanakan saranan tersebut.

COI akan memberi laporan mengenai hasil dan saranan mereka menjelang 31 Disember ini kepada Menteri Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan Siber merangkap Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran.

Antara kelemahan menyebabkan serangan itu ialah salah satu akaun pentadbir mempunyai kata laluan rahsia yang lemah, iaitu P@ssw0rd.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map