Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertumbuhan ekon lebih perlahan dijangka tapi S'pura akan elak kemerosotan: PM Lee

Apr 30, 2023 | 04:10 PM





Meskipun keadaan di luar negara masih bergolak dan penuh dengan ketegangan geopolitik, Singapura boleh menjangka prospek ekonomi yang lebih cerah pada masa terdekat dan mengelak daripada penguncupan ekonomi yang menyeluruh, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.

Dalam amanat Hari Pekerja pada Ahad, Encik Lee berkata walaupun kita menjangkakan pertumbuhan lebih perlahan pada tahun, kita sepatutnya dapat mengelakkan daripada penguncupan ekonomi yang menyeluruh. Menurut beliau, kadar pengangguran kekal rendah dan kadar pembuangan kerja masih terkawal.

“Kadar inflasi masih tinggi, namun terdapat harapan bahawa ia akan reda dalam separuh kedua tahun ini,” kata Encik Lee.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura telah tumbuh sebanyak 3.6 peratus pada 2022, dan sektor yang terjejas teruk semasa pandemik Covid-19 sedang bangkit semula dan rancak pulih.

“Tempat pelancongan dan hospitaliti telah kembali dibuka. Jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi telah mencecah sekitar 80 peratus daripada kadar sebelum pandemik, dan akan terus meningkat sejajar dengan semakin pulihnya kesalinghubungan antarabangsa,” kata Encik Lee.

Namun, beliau memberikan amaran bahawa sistem perdagangan berbilang hala dunia semakin terjejas ekoran sentimen nasionalis dan bersifat perlindungan yang semakin meningkat dan ia boleh memberikan kesan terhadap perdagangan dan kerjasama antarabangsa.

Tambahan pula, industri baru seperti dalam bidang hijau dan digital, serta teknologi baru seperti kecerdasan buatan, akan menyebabkan gangguan terhadap ekonomi di seluruh dunia, katanya.

Oleh itu, Encik Lee menggesa agar Singapura terus bersikap terbuka dan menjalinkan hubungan perniagaan yang baik dengan seluruh dunia.

“Kita harus menangani perkara-perkara ini dengan menyesuaikan diri mengikut perkembangannya, dan pada masa yang sama, membantu seberapa ramai yang terjejas teruk. 

“Ini bermakna kita mesti terus mengubah industri kita, mempertingkatkan keupayaan sedia ada dan membangunkan keupayaan yang baru sedang kita menerokai pasaran yang berkembang,” kata Encik Lee.

Walaupun beberapa pekerjaan akan terjejas, Encik Lee berkata usaha untuk menyesuaikan diri akan mewujudkan pekerjaan baru dengan prospek yang lebih baik untuk masa hadapan.

Ini termasuk menjalani program latihan dan peningkatan kemahiran para pekerja yang telah banyak membantu ramai pekerja meningkatkan kemahiran.

“Para majikan juga sedang berusaha untuk memaksimumkan potensi tenaga kerja mereka, menyediakan peluang latihan dan menggalakkan para pekerja mereka untuk menyertainya. 

“Semakin ramai majikan juga telah mengambil kira keperluan berubah-ubah para pekerja, seperti dengan melaksanakan aturan kerja fleksibel dan mereka semula pekerjaan untuk pekerja lebih berusia. Ini membantu meningkatkan daya penghasilan, dan mengekalkan bakat,” tambahnya.

Encik Lee menambah meskipun Singapura telah mencapai kemajuan untuk membantu golongan pekerja yang mudah terjejas melalui Gaji Progresif, pemerintah akan melakukan lebih banyak.

Ini termasuk membentuk pekerjaan berasaskan kemahiran sebagai satu bidang profesional demi untuk mewujudkan lebih banyak laluan untuk berjaya dan menyokong perancangan kerjaya rakyat Singapura.

“Usaha Melakar Hala Tuju Singapura sedang membincangkan isu-isu ini, termasuk cara untuk membantu rakyat Singapura memperbaiki prospek pekerjaan dan daya tahan mereka, serta peralihan kepada pekerjaan dan kerjaya baru,” kata Encik Lee.

Encik Lee juga mengingatkan bahawa model tiga pihak Singapura adalah unik dan sangat berharga dan Singapura harus terus memperkukuh dan memupuk perhubungan ini demi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.

“Gerakan Buruh memainkan peranan penting. Semasa pandemik, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bekerja rapat dengan para majikan dan pekerja untuk melaksanakan langkah-langkah pemotongan gaji – dengan pihak pengurusan terlebih dahulu dipotong gaji mereka, untuk sama-sama merasakan keperitan, meneruskan perniagaan dan menyelamatkan pekerjaan.

“NTUC juga telah menubuhkan Majlis Jaminan Pekerjaan untuk menempatkan semula para pekerja daripada sektor yang terjejas teruk disebabkan pandemik.

“Usaha sedemikian membolehkan kita untuk bersatu padu dalam mengharungi Covid-19, dan memperkukuh kepercayaan dalam kalangan rakan kerjasama tiga pihak,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >