Pertumbuhan ekonomi Singapura bagi 2018 berpeluang baik melebihi 2.5 peratus, dan dijangka antara 1.5 peratus dengan 3.5 peratus, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Lee, yang sedang berucap di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei berkata pertumbuhan 3.6 peratus tahun yang diperoleh tahun lalu lalu lebih baik daripada dijangka, dengan ekonomi Singapura dirangsang ekonomi dunia yang kukuh.
Menurut Encik Lee, pekerja di Singapura juga memain peranan, menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.
"Kita telah mengekalkan momentum tahun ini,” kata Encik Lee.
“Moga, keadaan kekal dan kita boleh meraih tahun yang baik sekali lagi,” tambahnya.