Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertumbuhan gaji naik semula 3.9% pada 2021; 7 daripada 10 pekerja terima kenaikan gaji

May 30, 2022 | 05:42 PM



LEBIH ramai pekerja – tujuh daripada 10 pekerja – menerima kenaikan gaji tahun lalu di tengah-tengah pemulihan ekonomi kukuh dan pasaran pekerja ketat di Singapura, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Ini lebih tinggi berbanding enam daripada 10 pekerja pada 2020.





Pertumbuhan gaji keseluruhan, termasuk sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) majikan, dalam kalangan pekerja rakyat Singapura dan penduduk tetap (PR) yang telah bekerja dengan majikan sama buat sekurang-kurangnya setahun adalah 3.9 peratus pada 2021.

Ini adalah serupa dengan kadar 3.9 peratus pada 2019, dan kenaikan berbanding 1.2 peratus pada 2020 apabila pandemik Covid-19 melanda.





“Pemulihan dalam pertumbuhan gaji keseluruhan pada 2021 mencerminkan pemulihan ekonomi secara meluas dalam industri, dan pasaran pekerja yang ketat disebabkan sekatan sempadan yang memperlahankan kemasukan pekerja bukan penduduk,” kata MOM dalam kenyataannya pada Selasa (31 Mei).





Namun begitu, kementerian itu menyatakan inflasi lebih tinggi tahun lalu telah melembapkan pertumbuhan gaji sebenar, meskipun pertumbuhan gaji terus melebihi inflasi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >