PENULARAN KORONAVIRUS
Pertumbuhan SG boleh hilang 1 mata peratusan
Pakar: Pemulihan ekonomi makan masa lebih panjang jika wabak berterusan lama
Feb 01, 2020 | 05:30 AM
EKONOMI Singapura yang masih dalam proses pemulihan daripada perang perdagangan Amerika Syarikat-China boleh kehilangan satu mata peratusan daripada pertumbuhannya akibat koronavirus Wuhan, menurut pemantau ekonomi.
Ketua pakar ekonomi Asean Nomura, Encik Euben Paracuelles, berkata ekonomi negara ini baru menunjukkan tanda penstabilan selepas pertumbuhan tiba-tiba menjadi lebih perlahan.