Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan fesyen 'glam' di Kampong Glam

Jul 05, 2019 | 05:30 AM



KAMPONG Glam akan mendapat sentuhan 'glam' daripada beberapa pereka fesyen setempat esok.



Menerusi pertunjukan fesyen 'projeKGlamway', mereka akan antara lain menggunakan tekstil yang diperolehi daripada kedai kain di kawasan itu untuk menghasilkan busana yang meraih inspirasi daripada kawasan bersejarah itu.



Antara pereka fesyen itu termasuk pemilik Lulu Alhadad Designs dan LA Bridal, Cik Lulu Alhadad, 36 tahun, yang butiknya terletak di kawasan tersebut.



Menurut Cik Lulu, beliau akan menampilkan lapan busana daripada koleksinya sendiri serta dua busana yang dihasilkan antara lain menggunakan kain daripada kedai Aik Bee Textile Co, yang juga terletak di kawasan Kampong Glam.



Tambahnya, beliau menggabungkan elemen budaya Melayu dan Arab dalam rekaannya bagi mencerminkan pedagang Melayu dan Arab yang berniaga di kawasan tersebut.



"Kalau kain les biasanya digunakan bagi baju kebaya dan kain georgette pula biasanya saya gunakan untuk menghasilkan kaftan, saya gabungkan kedua-dua jenis kain ini dalam satu busana untuk memaparkan budaya Arab dan Melayu ini," katanya.



Pertunjukan fesyen 'projeKGlamway' itu merupakan sebahagian acara GSS: Experience Kampong Glam yang berlangsung hari ini hingga 14 Julai.



Acara pertunjukan fesyen itu pula akan berlangsung dari 7 hingga 10 malam esok dan akan turut memaparkan selebriti seperti Aisyah Aziz, Amelia Awie, Haneesya Hanee, Haryani Othman, Khairuddin Saharom, Suthasini dan Sharon Ismail.



Selain Cik Lulu, antara pereka fesyen setempat lain yang akan turut mempamerkan koleksi rekaan mereka termasuk Feayn, Azni Samdin, Sherry See dan Ada Goh.



Tiada bayaran dikenakan dan semua orang boleh menikmati acara tersebut.



Menurut Cik Lulu, beliau teruja diberi peluang menyertai usaha tersebut, lebih-lebih lagi selepas mengendalikan butiknya di kawasan itu sejak dua tahun lalu.



"Kawasan Kampong Glam ini cukup menarik dengan bangunan bersejarah dan struktur rumah kedainya yang berwarna-warni.



"Setiap hari saya mendapat inspirasi daripada suasana kawasan ini untuk menghasilkan rekaan saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >