Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan NDP yang ditangguh diadakan 6 petang ini

Aug 21, 2021 | 01:17 PM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) yang ditangguhkan akan diadakan 6.05 petang ini.



Seperti tahun-tahun sudah, orang ramai berpeluang menyaksikan dua pertunjukan popular - lintas udara jet pejuang dan pendaratan anggota payung terjun Red Lions.



Sementara itu, segmen pertunjukan pula akan tertumpu pada tema Semangat Singapura atau 'Singapore Spirit' yang mempamerkan identiti dan daya ketahanan negara itu.



Perbarisan itu akan disiarkan secara langsung di akaun Facebook dan YouTube NDPeeps.



Pertunjukan tahun ini - yang dikendalikan oleh pengarah kreatif Boo Junfeng - dijalankan dengan skala lebih kecil, tanpa pertunjukan dan pratonton pendidikan kebangsaan biasa yang terbuka kepada umum.



Ia akan dihoskan oleh Fauzie Laily, Joakim Gomez, Eswari Gunasagar dan Patricia Mok, dan menampilkan sekitar 600 peserta live - hanya 30 peratus daripada jumlah peserta pada NDP terakhir yang diadakan di platform terapung Marina Bay pada tahun 2018.



Antara artis tempatan yang akan menampilkan persembahan termasuklah Inch Chua, Alemay Fernandez, duo Mandopop The Freshman (Carrie Yeo dan Chen Diya), Benjamin Kheng, Nick Zavior, dan Yung Raja.



Lagu tema tahun ini, The Road Ahead, akan dipersembahkan oleh penyanyi Sezairi Sezali, Shabir Tabare Alam, Linying dan Shye-Anne Brown.



Dua lagu NDP asli lain tahun ini - Breathing City dan Spirits Anew - akan dipersembahkan oleh Sezairi Sezali dan Aisyah Aziz.



Acara ini juga akan menggabungkan persembahan pra-rakaman dari hampir 600 peserta dari kumpulan seperti Persatuan Rakyat, dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Nasional Singapura dan Politeknik Republik.



Atlet Team Singapore dijangka turut menyertai pertunjukan NDP pada babak yang terakhir.



Sebuah filem animasi akan ditayangkan buat pertama kalinya, bersama dengan kesan realiti terimbuh (AR) yang eksklusif untuk penonton di rumah yang menonton di TV.



Ini dijangka menjadi NDP terakhir yang diadakan di platform terapung Marina Bay kerana ia akan diubah menjadi NS Square.



Penonton digalakkan untuk menonton NDP di rumah.



Kawasan di sekitar Marina Bay, seperti jambatan Jubilee dan Helix, ditutup kepada orang ramai sejak 11 pagi tadi hingga 11.59 malam ini bagi mengelak kesesakan orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >