Pertunjukan teknologi canggih bakal mewarnai NDP2016, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pertunjukan teknologi canggih bakal mewarnai NDP2016

Mar 09, 2016 | 12:07 PM

BUNGA api, pertujukan tiga dimensi dan persembahan teknologi tanpa pemandu.

Demikian antara aspek-aspek baru yang akan dipaparkan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 9 Ogos ini.

Pengerusi jawatankuasa eksekutif (EXCO) NDP 2016, Brigadier-Jeneral Kenneth Liow, dalam taklimat media pagi tadi berkata NDP tahun ini bertemakan Membina Singapura Kita yang Akan Datang atau Building Our Singapore of Tomorrow.

Ia akan diadakan buat pertama kalinya di Stadium Nasional selepas 10 tahun.

Logo tahun ini pula memaparkan logo jantung dengan empat warna merah yang berbeza, bertujuan untuk menunjukkan kepelbagaian Singapura.

Discover Malay Home Based Businesses

Angka '51' pula menandakan hari jadi Singapura tahun ini, dengan disertakan perkataan 'NDP2016' dan tema tahun ini.

Logo tersebut telah direka Cik Chelsea Lim, 19 tahun, yang sekaligus memenangi peraduan menghasilkan logo NDP yang diadakan bulan lalu.

Seramai 275,000 rakyat Singapura berpeluang menonton NDP secara langsung tahun ini, dua kali ganda lebih tinggi bilangannya berbanding tahun lalu.

Selain itu, terdapat dua pratonton NDP akan diadakan, berbanding hanya satu pratonton sebelum ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map