Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan terbang, terbang lintas hormat Pertunjukan Udara SG disiar secara langsung

Feb 08, 2022 | 05:30 AM



LAPAN pertunjukan terbang dan dan terbang lintas hormat Pertunjukan Udara Singapura tahun ini akan disiarkan secara langsung.



Namun, edisi tahun ini itu, yang berlangsung di Pusat Pameran Changi dari 15 hingga 18 Februari, meniadakan program hari awam.



Pesawat terbang tinggi itu akan datang daripada empat tentera udara dan dua syarikat komersial di acara dwitahunan itu, yang disebut-sebut sebagai acara aeroangkasa dan pertahanan antarabangsa terbesar dan paling berpengaruh di Asia.



Membuat penampilan pertama di udara dalam pertunjukan itu ialah pesawat tempur ringan Tentera Udara India yang dipanggil Tejas.



Pasukan Aerobatik Jupiter Indonesia, yang juga dikenali sebagai The Jupiters, akan menaikkan semangat penonton dengan formasi enam pesawat dan penerbangan jitu mereka, selepas kali terakhir mereka muncul pada edisi 2018.



Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan mempamerkan aerobatik solo jet pejuang F-16C dan sepasang helikopter serangan Apache AH-64D.



Jet pejuang F-35B Lightning II oleh Kor Marin Amerika Syarikat juga akan melintasi langit, manakala jet B-52 Stratofortress Tentera Udara AS pula akan mengambil bahagian dalam lintas terbang.



Pemerhati pesawat komersial boleh menantikan penerbangan demonstrasi oleh Airbus A350-1000 dan Boeing B777-9 yang berbadan lebar.



Pengarah Urusan penganjur pertunjukan udara Experia, Encik Leck Chet Lam, berkata: "Kami teruja untuk mempersembahkan pertunjukan penerbangan yang dinanti-nantikan pada Pertunjukan Udara Singapura tahun ini, satu sorotan utama yang menyatukan industri aeroangkasa dan penerbangan global bagi acara dwitahunan ini.



"Persembahan cemerlang oleh rakan kongsi dan pempamer kami ini adalah bukti pemulihan industri aeroangkasa dan penerbangan dan kami berharap ia akan menaikkan semangat".



Edisi 2022 ini menarik peserta pameran, termasuk nama besar aeroangkasa seperti Airbus, Boeing dan Rolls-Royce.



Pertunjukan udara itu akan diadakan sekali sehari, pada 12.30 tengah hari 15 Februari, dan 11.30 pagi pada 16, 17 dan 18 Februari.



Siaran langsung boleh ditonton di laman web https://www.mindef.gov.sg/web/portal/mindef/news-and-events/latest-rele…



Orang awam juga boleh pergi ke Facebook rasmi Pertunjukan Udara Singapura untuk menonton acara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >