Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertunjukan Udara SG kembali dengan penyertaan lebih rendah gara-gara pandemik

Feb 14, 2022 | 05:30 AM



PERTUNJUKAN Udara Singapura kembali tahun ini tetapi dengan bilangan penyertaan yang lebih rendah disebabkan Covid-19.



Lebih 13,000 pelawat dagangan dan sekitar 600 syarikat dari 39 negara dijangka menyertai pameran penerbangan dan pertahanan dwitahunan di Pusat Pameran Changi esok hingga Jumaat.



Ini susut daripada Pertunjukan Udara 2020, yang menerima hampir 30,000 peserta dagangan dari 110 negara.



Acara itu akan menjadi perhimpunan industri berskala besar terbesar di Singapura sejak wabak Covid-19 bermula. Orang ramai tidak boleh menghadiri pertunjukan udara tahun ini.



Acara itu telah dikenal pasti sebagai salah satu acara perintis Mice (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) untuk mencuba protokol Covid-19 baru, termasuk keupayaan acara yang lebih tinggi dan ujian harian.



Antara langkah-langkah lain, peserta mesti divaksin sepenuhnya dan melakukan pra-pendaftaran. Terdapat juga ruang menjamu selera yang ditetapkan dan pembasmian kuman tetap di ruang acara.



Pempamer utama yang mengambil bahagian tahun ini termasuk Airbus, Perbadanan Industri Penerbangan China, Boeing, Industri Aeroangkasa Israel, Lockheed Martin, Rafael Advanced Defense, Rolls-Royce, Thales, Turkish Aerospace dan ST Engineering.



Pengarah Urusan firma penganjur Experia Events, Encik Leck Chet Lam, berkata dalam sidang media di Pusat Pameran Changi semalam bahawa penyertaan peserta yang lebih rendah memang dijangkakan memandangkan keadaan Covid-19 semasa.



Tetapi, beliau tidak bimbang tentang kesan terhadap terhadap mutu acara itu.



Lebih 70 peratus daripada 20 syarikat penerbangan terulung dunia menyertainya, tambahnya.



"Peserta yang hadir merupakan wakil industri terkemuka dan penggubal dasar - perbincangan tentunya adalah baik, jika tidak lebih baik,'' kata beliau, yang ditukil di Straits Times (ST).



Oleh kerana pemulihan dilihat dalam industri itu, beliau menyatakan terdapat keyakinan di kalangan wakil industri untuk membawa industri ke hadapan keluar dari pandemik itu.



Paparan udara, yang akan disiarkan secara langsung dalam talian setiap hari dari esok hingga Jumaat, akan menampilkan penampilan sulung pesawat tempur ringan Tentera Udara India di pameran udara itu.



Turut terbang di pertunjukan udara buat kali pertama ialah dua pesawat komersial: Airbus A350-1000 dan Boeing B777-9.



Pasukan aerobatik Musytari Indonesia, yang kali terakhir dilihat dalam pertunjukan udara 2018, akan membuat formasi enam pesawat.



Helikopter F-16C dan AH-64D Apache dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), serta F-35B Lightning II Kor Marin Amerika Syarikat dan pesawat pengebom B-52 Stratofortress Tentera Udara Amerika Syarikat juga akan melakukan persembahan udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >