Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan besar di Timur Tengah boleh beri kesan sosial ketara ke atas rantau ini: Shanmugam

May 19, 2022 | 09:28 PM



PERUBAHAN pada ekonomi sosial dan geopolitik akan mempunyai kesan yang ketara pada rantau ini serta peringkat sejagat dengan kejadian yang berlaku di Asia Tenggara, diperhatikan dengan teliti, antara rantau-rantau lain.



Berucap semasa Sidang Tahunan Institut Timur Tengah 2022 pada Khamis (19 Mei), Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam berkata warga Muslim di rantau ini termasuk Singapura, sudah sekian lama melihat Timur Tengah sebagai pusat rujukan bagi hal berkaitan Islam.



Beliau menambah kesan utama lain mengenai pembangunan ini termasuk kemungkinan kesan mengenai keseimbangan kuasa di Timur Tengah manakala daripada sudut ekonomi pula, hubungan yang dijangka berkembang antara Timur Tengah dengan Asia Tenggara.



Menjelaskan lebih lanjut, Encik Shanmugam berkata, selama ini Iran merupakan pemain utama di rantau itu tetapi peralihan yang dilihat sekarang akan menyebabkan rantau itu dibahagikan kepada dua blok - dengan Iran dan sekutunya di satu pihak manakala negara-negara Teluk pada satu pihak yang lain.



Menurutnya, negara akan bertindak berdasarkan kepentingan terbaik masing-masing, bergantung pada isu yang dihadapi.



Memberikan contoh, Encik Shanmugam menukil bagaimana Arab Saudi dan Iran telah melaksanakan pusingan kelima perbincangan secara langsung baru-baru ini dengan gencatan senjata dua bulan di Yaman masih diteruskan.



“Justeru ia bukan satu kepastian yang menunjukkan bahawa mereka akan bertentangan dan tidak pula jelas jika kedua-dua pihak semakin rapat meskipun terdapat inisiatif diplomatik ini.



“Bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa ada peluang untuk bersikap optimistik tetapi dalam keadaan berjaga-jaga,” ujarnya.



Di samping itu, usaha yang diambil negara Teluk untuk mempersiap diri bagi dunia yang berbeza dalam dekad-dekad mendatang, juga akan memberi kesan ketara terhadap akibat sosial pada rantau Asia Tenggara.



Ini termasuk langkah negara Teluk untuk kekal makmur, bertenaga dan menarik sebagai usaha untuk bukan sahaja memperbaharui ekonomi mereka tetapi juga masyarakat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >