Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JURURAWAT DIIZIN PAKAI TUDUNG

Perubahan dasar dialu-alu, tunjukkan masyarakat kini lebih terbuka, matang bincang isu sensitif

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



ISU pemakaian tudung bagi kakitangan penjagaan kesihatan merupakan antara topik yang dibincangkan dengan teliti selama bertahun-tahun dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.



Justeru, perubahan dasar yang diumumkan hasil perundingan tersebut amat dialu-alukan dan menunjukkan masyarakat kini lebih bersikap terbuka dan lebih matang dalam membincangkan isu-isu sensitif seperti itu, kata Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) Dr Norhisham Main.



Langkah mengubah dasar membolehkan kakitangan penjagaan kesihatan memakai tudung di tempat kerja itu bukan sahaja meninggalkan kesan positif terhadap masyarakat Melayu Islam, bahkan perkembangan Singapura sebagai satu masyarakat, tambahnya.



"Memang isu ini sudah lama dibincangkan, dan mungkin ada yang mempersoalkan mengapa isu ini timbul lagi dan kenapa sekarang dibolehkan.



"Tetapi ini menunjukkan sekarang masyarakat kita lebih bersifat terbuka dan boleh berfikir dan berbincang dengan lebih matang," kata Dr Norhisham, yang juga Pengarah Perubatan Paliatif dan Sokongan dan pakar geriatrik di Hospital Besar Ng Teng Fong.



Perubahan dasar itu menetapkan bahawa kakitangan penjagaan kesihatan, termasuk jururawat kini dibolehkan memakai tudung dengan seragam mereka di tempat kerja mulai November.



Perubahan tersebut merupakan berita yang dinanti-nantikan ramai, namun penting untuk menekankan bahawa ini bukan paksaan untuk memakainya, kata Dr Norhisham.



"Kita mesti memberi fleksibiliti kepada tiap-tiap individu untuk membuat keputusan sendiri, adakah mereka ingin memakai tudung di tempat kerja atau tidak, kerana masing-masing mempunyai sebab sendiri," ujarnya.



Pada masa yang sama, langkah-langkah yang sewajarnya telah diperkenalkan untuk memastikan perubahan dasar tersebut tidak menjejas keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga pesakit.



Anggota Jawatankuasa Eksekutif MHPA, Dr Juriyah Yatim, yang juga terlibat dalam Jawatankuasa Pemandu Perlaksanaan (ISC), perubahan tersebut dilaksanakan berdasarkan panduan penting yang telah ditetapkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan, termasuk dari segi amalan mengawal jangkitan dan juga keselamatan kakitangan dan pesakit.



Antara langkah yang telah diperkenalkan adalah menetapkan cara memakai tudung dengan seragam yang selamat serta untuk menyesuaikan pelitup N95 berdasarkan ketebalan tudung, menurutnya, seorang Penolong Pengarah Kejururawatan (jururawat amalan lanjutan) di Hospital Besar Singapura (SGH).



Selain itu, seperti aspek seragam lain, tudung perlu ditukar jika ia terjejas oleh sebarang kotoran atau terkena air.



Menurutnya, saranan yang dikemukakan melalui ISC juga mempertimbangkan amalan yang dilakukan di negara lain seperti Malaysia dan United Kingdom.



"Kita cuba sedaya upaya menyesuaikan saranan pemakaian tudung ini dalam konteks Singapura.



Ketua Jururawat Poliklinik Universiti Nasional, Cik Jancy Mathews menambah, langkah itu amat dialu-alukan kerana ia merupakan sesuatu yang sudah lama dinantikan kakitangan wanita Islam sektor itu.



Beliau juga anggota Panel Penasihat Klinikal yang terlibat dalam semakan tersebut.



"Saya percaya penanda keagamaan seperti itu tidak akan membezakan khidmat penjagaan yang ditawarkan.



"Ini selagi terdapat garis pandu yang menetapkan keadaan tertentu yang membolehkannya (pemakaian tudung) dan cara ia harus dipakai. Jika kakitangan terus menuruti garis pandu ini, ia tidak akan menimbulkan sebarang isu."




LANGKAH  BOLEH  TINGGALKAN  KESAN POSITIF



"Memang isu ini sudah  lama dibincangkan,  dan mungkin ada  yang mempersoalkan  mengapa isu ini  timbul lagi dan  kenapa sekarang  dibolehkan.  Tetapi ini  menunjukkan  sekarang masyarakat  kita lebih bersifat  terbuka dan boleh  berfikir dan  berbincang dengan  lebih matang.”  
– Dr Norhisham Main,  Presiden Persatuan  Karyawan Penjagaan  Kesihatan Islam (MHPA),  yang juga Pengarah  Perubatan Paliatif dan  Sokongan dan pakar  geriatrik di Hospital Besar  Ng Teng Fong.



CUBA  SESUAIKAN  SARANAN  DALAM  KONTEKS  S’PURA



"Kita cuba sedaya  upaya menyesuaikan  saranan pemakaian  tudung ini dalam  konteks Singapura. Saya yakin karyawan  dalam sektor ini  cukup berdaya tahan  dan akan menuruti  sebarang ketentuan  dasar yang ditetapkan  dan pada masa yang  sama mengekalkan  piawai khidmat yang  tinggi dalam tugasan  yang diberikan.”
– Dr Juriyah Yatim,  Anggota Jawatankuasa  Eksekutif MHPA, yang  juga Penolong Pengarah  Kejururawatan (jururawat  amalan lanjutan) di  Hospital Besar Singapura  (SGH).




SEKILAS PERUBAHAN



  • Jururawat Muslim dalam sektor jagaan kesihatan awam yang ingin memakai tudung semasa bertugas boleh berbuat demikian mulai 1 November.

  • Staf Muslim dalam tugas lain juga dibenar berbuat demikian.

  • Ini termasuk staf SingHealth, National Healthcare Group (NHG), National University Health System (NUHS), Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Vanguard Healthcare dan Ministry of Health Holdings.

  • MOH berkata satu panduan bagi memakai tudung akan diberikan oleh setiap institusi.

  • Panduan ini telah mengambil kira keinginan sebahagian pekerja Muslim dalam sektor jagaan kesihatan untuk memakai tudung semasa bertugas, tanpa menjejaskan kerja yang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >