Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perubahan iklim ancaman keselamatan terbesar di Asia-Pasifik: Menteri Fiji

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pertahanan Fiji semalam berkata perubahan iklim menimbulkan ancaman keselamatan terbesar di rantau Asia-Pasifik - kenyataanyang mengubah nada di sidang puncak pertahanan yang banyak menyentuh tentang peperangan di Ukraine dan pertikaian antara China dan Amerika Syarikat.



Pulau-pulau Pasifik, termasuk Fiji, Tonga dan Samoa, adalah antara negara yang paling terdedah kepada insiden-insiden akibat cuaca ekstrem yang disebabkan oleh perubahan iklim.



Fiji telah terjejas teruk oleh beberapa siri taufan tropika dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menyebabkan banjir besar yang telah menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal dan menjejas ekonomi pulau itu.



"Di benua Pasifik biru kami, mesingan, jet pejuang, kapal dan batalion hijau bukanlah kebimbangan keselamatan utama kami," kata Encik Inia Seruiratu, Menteri Pertahanan Fiji, di Dialog Shangri-La, mesyuarat keselamatan tertinggi Asia.



"Satu-satunya ancaman terbesar kepada kewujudan kami ialah perubahan iklim. Ia mengancam harapan dan impian kemakmuran kami."



Pertemuan itu, yang ditutup semalam, telah 'dikuasai' perdebatan mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan ketegangan yang meningkat antara Amerika Syarikat dengan China meliputi pelbagai isu daripada kedaulatan Taiwan hingga pangkalan tentera laut di Pasifik.



Pulau-pulau Pasifik menjadi tumpuan ketegangan serantau tahun ini selepas China menandatangani pakatan keselamatan dengan Kepulauan Solomon pada April, mencemaskan Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, yang bimbang dengan kehadiran tentera yang dipertingkatkan oleh Beijing di Pasifik.



Beijing berkata bahawa ia tidak akan membangunkan pangkalan tentera di Kepulauan Solomon dan matlamatnya adalah untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan negara-negara Kepulauan Pasifik.



Menteri Luar China Wang Yi mengadakan lawatan ke pulau-pulau Pasifik bulan lalu dengan harapan untuk mendapatkan pakatan perdagangan dan keselamatan serantau yang meluas, tetapi negara-negara pulau itu tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai perjanjian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >